Pakatan Harapan Parlimen Parit Buntar mendedahkan satu bukti bergambar berupa sekeping cek bernilai RM25,000, didakwa disalurkan bakal calon BN Parlimen itu kepada orang Pas yang menjadi tular dalam media sosial sejak awal pagi semalam.
Calon Harapan Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, berdasarkan pendedahan akaun Facebook 'Ana Tahu', terdapat gambar didakwa sekeping cek di bawah Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan bertarikh bulan Februari lalu.
Menurutnya, cek itu difahamkan disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu dan disertakan bersama sepucuk surat permohonan.
"Kami tidak tahu siapa anggota Pas menerima sumbangan itu, sebab dalam bukti gambar yang kini tular itu namanya dihitamkan.
"Tetapi yang jelas, cek itu tertulis nama SSI, ditandatangani Abdul Puhat sendiri dan diberikan atas nama individu iaitu pengerusi Pasti tersebut.
"Soalan saya, bukankah tindakan Abdul Puhat yang dikatakan bakal calon BN dilihat sebagai cubaan untuk membeli undi orang Pas dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri?" katanya pada sidang media khas di sini pada Rabu.
Turut hadir Calon Harapan Dun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Muniam.
Mujahid berkata, dakwaan penyalahgunaan kuasa Abdul Puhat dikemukakan pihaknya atas tindakan beliau menggunakan cek kerajaan negeri bagi memberi sejumlah wang pada penama individu, bukan atas nama organisasi atau NGO.
Malahan, merujuk kepada jumlah amaun wang ditulis dalam cek itu, Mujahid menegaskan Abdul Puhat tidak boleh meletakkan jumlah amaun bebas pada setiap cek kerajaan negeri kosong yang ditulis.
"Jika merujuk prosedur syarikat Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang, terdapat standard of prosedur (SOP) bagi jumlah amaun wang dibenarkan untuk ditulis pada setiap cek kosong oleh Ketua Menteri sendiri.
"Persoalan kami, adakah pemberian cek RM25,000 mengikut SOP jumlah maksimum amaun wang dibenarkan? Bukankah tindakan mengeluarkan cek kerajaan negeri atas nama individu menyalahi bidang kuasa Setiausa Kerajaan Negeri?" soalnya.
Mujahid berkata, sehingga kini, Abdul Puhat dilihat menggunakan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi tujuan berkempen untuk menjadi calon BN dan sekiranya bukti bergambar itu benar, amat malang bagi rakyat Parit Buntar dapat calon sebegini.
"Kami tidak teragak-agak mengemukakan bukti bergambar ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tindakan Abdul Puhat dianggap sebagai rasuah dengan menyalahgunakan kuasa bagi membeli undi orang Pas.
"Kami merujuk pemimpin Pasti terbabit sebagai orang Pas kerana pengurusan sekolah itu sememangnya diterajui ahli parti itu sendiri,"katanya.
Mujahid berkata, sekiranya Abdul Puhat seorang 'gentleman' dan ingin bertanding sebagai calon pilihanraya, dia wajar letak jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri lebih awal dan berdepan calon parti lain secara adil.
"Akan tetapi jangan berdepan kami dengan menggunakan kedudukan sebagai pegawai tertinggi kerajaan dan berkemungkinan menyalahgunakan cek kerajaan negeri bagi membeli undi.
"Berikutan pendedahan dibuat, kami mendesak penjelasan segera daripada Abdul Puhat dan pemimpin Pas kawasan Parit Buntar terhadap isu ditimbulkan untuk dinilai rakyat,"katanya.
Sementara itu, Abdul Puhat sewaktu dihubungi Sinar Harian mengakui ada menyerahkan cek sebagaimana didakwa kepada wakil pengurusan sekolah Pasti tersebut bagi tujuan pembangunannya.
Menurutnya, pihak pengurusan sekolah berkenaan ada mengadakan pertemuan dengannya bagi memohon bantuan dana pembangunan sekolah pada awal tahun ini.
"Susulan itu, pihak saya meluluskan permohonan pihak sekolah dan kemudiannya menyerahkan cek di bawah SSI atas nama individu.
"Faktor utama cek itu ditulis atas nama individu disebabkan akaun tabung pembangunan sekolah terbabit tidak dapat digunakan.
"Lagipun penyerahan cek tersebut dilaksanakan berserta dengan surat permohonan dana diluluskan kerajaan negeri. Jadi, sebenarnya tidak timbul isu saya salah guna kuasa memberi dana kerajaan negeri kepada individu tertentu," katanya.
Sinar Harian
Thu Apr 19 2018

Mujahid (kanan) dan Hasnul Zulkarnain menunjukkan bukti bergambar berupa cek kerajaan negeri didakwa diberikan bakal calon BN Parlimen Parit Buntar kepada anggota Pas untuk pembinaan Pasti. - foto Sinar Harian

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.

Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.

Presiden Perak tolak terajui PSM
Baginya, lebih baik dia meneruskan agenda sepak takraw di negeri itu yang mula bangkit sejak kebelakangan ini hingga menjuarai STL 2020.

Sukma 2018: Khidmat Abdul Puhat masih diperlukan - MB Perak
Menyedari perkara itu, Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu berkata, khidmat Abdul Puhat akan diteruskan sebagai perunding untuk SUKMA edisi ke-19 yang akan bermula pada September.

Husni pertahan Tambun, Zambry ke Lumut dan Pangkor
Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dicalonkan Barisan Nasional (BN) untuk kekal mempertahankan kerusi Parlimen Tambun.

Abdul Puhat sah bertanding Parlimen Parit Buntar?
Menurut beliau Parlimen Parit Buntar yang menggunakan kod P57 seolah-olah ditakdirkan untuk dirinya berikutan mengandungi angka 7 yang kebetulan sinonim dalam perjalanan hidupnya.

Bukti terkini Pas terima duit BN?
Cek itu difahamkan disalurkan kepada seorang individu yang merupakan seorang pengerusi sebuah Pasti milik Pas di sini bagi tujuan pembangunan sekolah itu.

Perak umum dua import baru
Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, pemilihan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan penelitian ke atas apa yang terbaik untuk pasukan Perak.

Isu venue: Perak bersiap sedia apa jua kemungkinan
Isu timbul bila FMLLP menyifatkan stadium itu masih kabur daripada segi aspek keselamatan, terutama apabila membabitkan perlawanan berprofil tinggi.

Ketua pasukan, Shahrom antara 9 pemain Perak digugur
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) membuat kejutan apabila tidak memperbaharui kontrak sembilan pemain musim lalu.

Dua pemain import sedang dikenal pasti perkuatkan Perak
Langkah itu perlu dilakukan berikutan pemain import sedia ada, Yashir Pinto masih mengalami kecederaan manakala Thiago Junior Aquino ada menyuarakan hasrat untuk bersara.