MELAKA: Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin, menafikan dakwaan kononnya terlibat dengan skandal rasuah seks seperti ditularkan baru-baru ini.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka sebaliknya, mendedahkan cubaan menggugat karier politiknya itu telah bermula ketika Pemilihan UMNO Mac lalu lagi.
Rais berkata, fitnah yang dilemparkan kepadanya termasuk tangkap layar perbualan palsu yang sengaja direka membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab berniat untuk ‘membunuh’ karier politiknya.
Ujarnya, beliau kini sedang meneliti bentuk tindakan kepada pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan.
"Saya sedang meneliti dan melihat ruang mana (tindakan) yang ingin saya ambil... yang mereka cipta ini saya tidaklah menyebut mana-mana nama individu.
“Saya sedang meneliti bentuk tindakan yang ingin saya ambil (terhadap) mereka yang mereka cipta (fitnah), dan mereka mesti buktikan apa yang disebarkan itu.
“Pada saya sebagai orang politik saya ada cara untuk pertahankan diri dan dalam masa sama saya tidak mahu sesekali rakyat diheret dalam isu-isu seperti ini.
“Apabila benda ini tular saya sedikit terperanjat tetapi kerana (fitnah) ini telah pun dilalui ketika tempoh Pemilihan UMNO tempoh hari, saya boleh bersabar dan teruskan kerja-kerja saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang pada Khamis.
BACA: Skandal rasuah seks exco: 'Itu permainan musuh politik' - Ab Rauf
Ditanya adakah beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu berkata beliau tidak akan melakukannya.
Ini kerana katanya, dia berada di pihak yang dituduh dan seharusnya pihak yang menuduh membuat laporan polis dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.
Malah katanya, dia juga bersedia dipanggil untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membuat laporan berhubung perkara itu kepada agensi berkenaan.
Terdahulu, seorang aktivitis politik membuat dakwaan di laman Facebook miliknya kononnya seorang Exco Melaka terlibat dengan rasuah seks menerusi tangkap layar di aplikasi WhatsApp.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Apr 27 2023
Rais mendedahkan cubaan menggugat karier politiknya itu telah bermula ketika Pemilihan UMNO Mac lalu lagi. - Gambar/ FB Rais Yasin
Hujan dijangka berterusan di Sabah, Sarawak sehingga Khamis - MetMalaysia
MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Sarawak yang dijangka menerima hujan berterusan sehingga Khamis.
ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu
Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Terdahulu, Pogba mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Polis kesan dua pemandu enggan beri laluan kepada ambulans
Polis Daerah Kulai mengesan kejadian itu melalui satu video tular berdurasi 1 minit 26 saat, melibatkan dua kenderaan dipandu warga tempatan.
Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.
AWANI Ringkas: Peluang baharu di Mekah dan Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
363 anggota polis bertugas setiap hari sempena Tahun Baharu Cina
Menerusi Op Selamat 23, polis memberi tumpuan kepada rondaan untuk mencegah kemalangan dan kawalan lalu lintas di pusat bandar.
PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.
Banjir Sarawak: PPS Rumah Steven terus beroperasi hari keenam
Seramai 34 mangsa daripada 13 keluarga masih berlindung di PPS berkenaan yang dibuka sejak 23 Jan lalu.
Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
SPRM tahan penguat kuasa minta habuan seks
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan seorang anggota sebuah agensi penguat kuasa di negeri ini kerana disyaki meminta habuan dalam bentuk seks.
Dakwaan rasuah seks Exco: Rais tak buat laporan polis, sedang teliti tindakan
Datuk Rais Yasin, menafikan dakwaan kononnya terlibat dengan skandal rasuah seks seperti ditularkan baru-baru ini.
Anggota kumpulan K-Pop, Big Bang sediakan khidmat pelacur?
Salah seorang penyanyi kumpulan Big Bang, yang lebih dikenali dengan panggilan Seungri, didakwa kerana menyediakan khidmat pelacuran.