KUALA LUMPUR: Anggota Jawatankuasa Pusat DAP, Teresa Kok meminta UMNO mencermin diri sendiri terlebih dahulu sebelum meminta DAP untuk bersifat lebih ‘sederhana’.
Teresa berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang berkata terdapat kemungkinan untuk UMNO bekerjasama dengan DAP sekiranya parti tersebut berubah menjadi sebuah parti politik ‘sederhana’.
“Masih menyalahkan DAP bahawa kami tidak ‘sederhana’. Mereka (UMNO) lupa untuk cermin diri sendiri.
“Sebab UMNO kalah dalam pilihan raya yang lalu adalah kerana anak muda dan rakyat tidak tahan dengan cara UMNO.
“Sekarang, dia menyalahkan DAP,” kata Teresa ketika ditemui di perkarangan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur sesudah selesai menerima dos kedua vaksin Pfizer BioNTech pada Isnin.
Apabila ditanya sama ada DAP sudi dan bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO, beliau berkata setakat ini, tiada sebarang komunikasi antara kedua-dua parti berkenaan.
Bagaimanapun, sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui parti itu tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan UMNO sekiranya ia melibatkan kepentingan rakyat.
Isabelle Leong
Mon Apr 05 2021

TERESA: Masih menyalahkan DAP bahawa kami tidak sederhana. Mereka lupa untuk cermin diri sendiri. - Foto Astro AWANI/ISABELLE LEONG

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

Teresa Kok saman fitnah Akmal Saleh isu halal
Naib Presiden DAP, Teresa Kok memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin lalu, berhubung isu sijil halal.

Kontroversi pensijilan halal berlaku sebab salah faham - Teresa
Teresa menyerahkan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk memberi penjelasan mengenai isu itu.

Pensijilan halal: Kertas siasatan ke atas Teresa Kok sudah diserahkan kepada AGC - KPN
Kertas siasatan membabitkan Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal sudah dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Saya tidak takut, kita jumpa di mahkamah - Akmal Saleh
Menurut Muhamad Akmal, beliau bersedia untuk berhadapan dengan tindakan saman oleh Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh itu.

Kos sijil halal tidak tinggi, serendah RM100 setahun bagi perniagaan kecil - HDC
Ketua Perundingan Halal, HDC Berhad, Dhaliff G. Anuar berkata yuran untuk mendapatkan sijil halal adalah serendah RM100 sahaja bagi perniagaan kecil.

Sijil halal boleh untuk Islam dan bukan Islam, bertepatan fitrah - Fauwaz Fadzil
Sepatutnya tidak timbul sebarang masalah berkaitan sijil halal untuk perniagaan orang Islam dan bukan Islam memandangkan ia bertepatan dengan fitrah manusia.

Isu sijil halal: Teresa Kok pertimbang tindakan undang-undang terhadap Akmal Saleh
Teresa Kok sedang mendapatkan nasihat undang-undang daripada barisan peguam.

Isu sijil halal: 'Saya tak pernah persoal peranan Jakim, sijil halal' - Teresa Kok
Teresa Kok menjelaskan beliau tidak pernah mempersoalkan peranan Jakim termasuk langkah pematuhan sijil halal.

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dirujuk kepada AGC dalam 2 hari - KPN
Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung kenyataannya mengenai pensijilan halal akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari untuk tindakan lanjut.