KUALA LUMPUR: Cadangan agar perdebatan di antara calon pilihan raya diadakan secara dalam talian dilihat hanya untuk mendapatkan promosi semata-mata.
Demikian jelas Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Ulung Datuk Shamsul Amri Baharuddin ketika mengulas cadangan itu.
Jelasnya secara sinis, jika mahukan populariti dan promosi, calon-calon pilihan raya sepatutnya menggunakan platform jualan dalam talian sahaja.
"Perdebatan ini buat Facebook punya perdebatan sahaja, mereka ini hanya nak crowd dan perhatian orang ramai tengok, orang suka you atau tak suka you. Ini semua promosi.
"Tanya Shopee, Lazada boleh buat perdebatan ini kerana mereka lebih suka kerana dapat popular dari segi tontonan. Jadi saya cadang swastakan debat politik di Malaysia ini menggunakan saluran Shopee dan Lazada.
"Cuba tengok bagaimana orang tengok nanti, sambutannya. Tidak terfikirkah, ini semua orang nak cari duit, pada saya ini cara terbaik, adil," katanya ketika menjawab perkara itu dalam Wacana resensi buku 'Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Tadbir dan Menang' yang disiarkan secara maya menerusi Facebook Institut Kajian Etnik (KITA) pada Selasa.
Lompat parti akan berterusan
Sementara itu, mengulas mengenai Akta Anti Lompat Parti jelas Prof Shamsul Amri, perkara itu sukar dilakukan sekiranya tiada kehendak politik dalam kalangan pemimpin.
Sebaliknya, aktiviti lompat parti itu ujarnya akan berterusan meskipun akhirnya mengheret rakyat sehingga berlakunya pilihan raya.
"Apa yang kita lihat dan rasakan tidak selesa kerana terlalu banyak berlaku (lompat parti). Sebelum tahun 2018 lompat parti sudah ada, ini satu kebiasaan bila kita tidak selesa tak kan kita nak buat undang-undang.
"Pada saya, kalau saya nak cakap kepada parti kerajaan, kalau kamu tiada dua pertiga (kerusi Parlimen) jangan lah cakap nak ubah sistem," jelasnya.
Tegas beliau, hanya kerajaan yang mempunyai dua pertiga dapat melakukan perkara itu, namun memerlukan iltizam politik yang sama.
"Kalau hanya satu pertiga, selepas tu kalah dan lepas tu tukar Perdana Menteri jangan cakap nak ubah undang-undang kerana kamu tidak boleh ubah undang-undang, kerana kamu tiada dua pertiga dalam kerajaan.
"Jadi soal lompat parti ini, saya rasa akan lompat-lompat, tidak akan terjawab tapi akan terlompat-lompat," tegasnya lagi.
Fareez Azman
Tue Feb 22 2022

Prof Shamsul Amri berkata jika mahukan populariti dan promosi, calon-calon pilihan raya sepatutnya menggunakan platform jualan dalam talian sahaja. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Wan Ahmad Fayhsal sedia berdebat dengan Rafizi tapi bukan di 'podcast'
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan beliau sedia untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dalam pelbagai isu termasuk cetak wang dan BlackRock.

Debat Generasi MADANI Piala Menteri Pendidikan, kukuhkan perpaduan
Arena debat berupaya mengukuhkan serta memperkasakan perpaduan pelbagai kaum menerusi kerjasama sepasukan dalam menghasilkan hujah yang berkesan.

Harris desak Trump debat bulan depan
Harris menegaskan rakyat AS dan para pengundi berhak melihat mereka bertemu sekali lagi sebelum pilihan raya.

Trump tolak cabaran Harris berdebat semula
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menegaskan beliau tidak akan mengambil bahagian dalam debat televisyen kedua menjelang pilihan raya presiden November ini.

Saham Trump Media menjunam 14.4 peratus selepas debat dengan Harris
Pada 10 September, Donald Trump dan Kamala Harris berdebat buat kali pertama menjelang pilihan raya presiden 2024.

Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik
Pendirian beremosi dan mengikut kepentingan politik Trump dapat dilihat ketika debat bersama Joe Biden sebelum ini.

Trump cadang tidak sertai debat ABC News dengan Harris, faktor berat sebelah
Kempen Harris tidak bersetuju dengan keputusan Trump untuk mengadakan debat di Fox News pada 4 September.

Cabaran debat: Fahmi enggan layan, sifatkan Wan Fayhsal 'attention seeker'
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka yang dibuka Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.

Jom kita berdebat, kata Rafizi kepada Wan Ahmad Fayhsal
Rafizi Ramli mempelawa Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk berdebat.

Trump setuju debat dengan Kamala Harris pada 4 Sept
Trump berkata beliau mencapai persetujuan dengan Fox News untuk mengadakan debat dengan Harris pada 4 Sept di Pennsylvania.