IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye sebagai pengerusi interim bagi menggantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.
Melalui satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pelantikan itu dijangka sehingga April ini dan keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak yang turut dihadiri oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PKR Perak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Farhash Wafa Salvador atas jasa dan bakti beliau memimpin parti itu di negeri ini sejak 2018.
"Kepulangan Farhash Wafa Salvador ke negeri Selangor, walaupun diterima dengan berat hati oleh seluruh pimpinan dan anggota PKR Perak, wajar dihormati oleh semua pihak," menurut kenyataan itu.
Semalam, dalam satu laporan media Timbalan Pengerusi PKR Perak Datuk MA Tinagaran berkata pimpinan parti di peringkat negeri menghormati keputusan Farhash Wafa Salvador melepaskan jawatan selaku pengerusi negeri untuk bertanding bagi jawatan Ketua Cabang PKR Gombak pada pemilihan parti yang dijangka berlangsung April ini.
Farhash Wafa Salvador ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan berani untuk bertanding di Cabang Gombak itu diputuskan selepas misi di Perak pasca Pemilihan Keadilan 2018 telah berjaya dilaksanakan.
Menurutnya, beliau merupakan anggota Cabang Petaling Jaya di Selangor dan telah berhijrah dalam tempoh waktu yang tertentu ke Perak pada 2018 bagi menguatkan jentera parti dan memperkasakan akar umbi.
- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 12 2022

PKR Perak mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye sebagai pengerusi interim. - Gambar fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dr Lee Boon Chye dilantik Pengerusi Interim PKR Perak
Ia bagi menggantikan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak yang meletak jawatan berkuat kuasa hari ini.

Aplikasi MySejahtera mungkin diwajibkan kepada premis tertentu - Mohd Redzuan
Perkara itu sedang dibincangkan dengan Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Peguam Negara, antara lain mengenai sama ada ia boleh dikuat kuasa sebagai satu undang-undang.

Minum air suam atau alkohol tidak berkesan cegah COVID-19 - Dr Lee
Saluran pernafasan dan sistem gastrointestinal mempunyai laluan yang berbeza walaupun berkongsi kawasan umum di dalam kerongkong.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

KKM siasat kes pelancong China suspek koronavirus di Sabah
KKM masih menyiasat berhubung kes seorang pelancong warga China yang kononnya dikejarkan ke hospital di Sabah kerana dijangkiti koronavirus hari ini.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Teknologi 5G tidak mudaratkan kesihatan - Timbalan Menteri Kesihatan
Gelombang elektromagnetik yang dibawa teknologi 5G tidak mendatangkan kemudaratan sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Tiada bukti saintifik petua viral mampu elak influenza- Lee Boon Chye
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, langkah wajar yang sepatutnya diamalkan ialah menjaga kebersihan diri serta mengambil pemakanan seimbang.

Suntikan vaksin pneumokokal percuma untuk bayi bermula Jun 2020
Kementerian telah memperuntukkan RM60 juta bagi tujuan itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.