JOHOR BAHRU: Empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Bahagian Johor Bahru mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad.
Mereka ialah Hafsah Ahamed, Nur Diana Abdul Halim, Puteri Firdaus Aswad Megat dan Sulhaza Suleiman yang merupakan AJK lantikan.
Surat peletakan jawatan mereka sudah diserahkan kepada Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Menurut Hafsah, peletakan jawatan mereka kerana tiada lagi persefahaman dengan kepimpinan peringkat bahagian yang dilihat tidak mendengar suara dan cadangan akar umbi.
"Apa yang dicadangkan akar umbi tidak pernah kepimpinan Srikandi bahagian ambil peduli. Ini menyukarkan kami untuk berkhidmat sebagai AJK," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Sebelum ini, Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian Johor Bahru, Masazlina Bachok bersama timbalannya, Khairunnisah Ali dan enam AJK Srikandi bahagian itu mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad.
Mereka meletak jawatan kerana mendakwa Ketua Srikandi bahagian itu, Datuk Azlinda Abdul Latif tiada ketelusan dalam kepimpinan.
Ditanya adakah Srikandi bahagian itu dibubarkan susulan peletakan jawatan 10 AJK, Hafsah berkata, perkara itu akan diputuskan pucuk pimpinan parti.
Bagaimanapun, katanya, Bersatu Pusat setakat ini masih belum menghubunginya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Empat lagi AJK Srikandi Bahagian Johor Bahru letak jawatan
Sinar Harian
Mon Jun 21 2021
Empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Bahagian Johor Bahru mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad. - Gambar hiasan/BERNAMA
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.
MotoGP: Morbidelli catat masa terpantas pada hari kedua ujian di Sepang
Morbidelli, pelumba pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team, mencatat masa 1 minit dan 57.210 saat pada pusingan ke-18 semalam.
Hujan lebat banjiri khemah di selatan Gaza, menambah derita rakyat Palestin
Golongan yang terpaksa berpindah kini berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar akibat kesejukan dan angin kencang.
Jumlah kematian di Gaza hampiri 47,600 manakala 28 lagi mayat ditemukan daripada runtuhan
Menurut kementerian, jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
'Srikandi Bersatu tak macam Wanita UMNO, ketepikan yang muda dan baharu' - Rina
Datuk Seri Rina Harun menyifatkan Srikandi Bersatu tidak sama dengan Wanita UMNO yang dilihat bersikap mengetepikan muka baharu dan muda dalam parti.
Armada sedia gerakkan rangkaian bantu rakyat dapat manfaat PEMULIH
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bersedia menggerakkan rangkaiannya di seluruh negara bagi membantu rakyat mendapatkan manfaat daripada PEMULIH
Bersatu: Srikandi Bahagian Johor Bahru tidak bubar
Bersatu Bahagian Johor Bahru sedia maklum dengan isu peletakan jawatan sebahagian Ahli Jawatankuasa sayap Srikandi Bahagian Johor Bahru pada 20 Jun.
Empat lagi AJK Srikandi Bahagian Johor Bahru letak jawatan
Empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) Srikandi Bahagian Johor Bahru mengumumkan meletak jawatan berkuat kuasa pada Ahad.
Kritikan kepada kerajaan perlu berpandukan fakta, bukan emosi - Ema Syuhaili
Sebarang perbincangan ataupun kritikan kepada kerajaan mestilah berpandukan kepada fakta dan bukan sekadar emosi bertujuan memainkan sentiman bagi mengelirukan rakyat.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pemilihan Bersatu platform memperkasa parti - Rina Harun
Rina Mohd Harun terbuka untuk menerima cabaran pertandingan malah bersyukur kerana proses kempen pemilihan berjalan secara sihat.
Pasukan 01 dominasi pemilihan Bersatu Wangsa Maju
Pasukan 01 mendominasi pemilihan bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) peringkat bahagian Wangsa Maju bagi sesi 2019-2022.
Tun Dr Siti Hasmah diumum sebagai Tokoh Srikandi Negara
Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali diumumkan sebagai Tokoh Srikandi Negara.
Syed Saddiq akan cadang perbahasan dibuka kepada media
Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mencadangkan kepada pimpinan tertinggi parti supaya perbahasan perwakilan dibuat secara terbuka.