KOTA KINABALU: Formula baharu dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) dalam Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah mampu memperhebat usaha membangunkan negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata gandingan ADUN Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN) dan PH dalam jemaah menteri itu juga diharap dapat bekerja dengan lebih berkesan dalam merangka serta melaksana dasar terbaik untuk rakyat Sabah.
"Kemelut politik sudah beredar jadi ini adalah masa untuk Kabinet Sabah dengan formula baharu ini bekerja untuk rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah jawatan tiga ADUN sebagai Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Negeri Sabah di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.
Ditanya sama ada UMNO dan BN bakal mengambil tindakan ke atas beliau susulan menerima jawatan tersebut, ADUN Tanjung Keramat itu berkata beliau menyerahkan kepada pimpinan parti tentang perkara tersebut dan menegaskan dirinya masih ahli UMNO.
Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin semalam mendakwa dua ADUN parti itu yang dilantik dalam barisan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah tidak mewakili UMNO negeri berkenaan.
Justeru, Bung Moktar berkata perkara berkenaan akan dibawa ke Lembaga Disiplin UMNO kerana membelakangkan keputusan UMNO dan BN Sabah
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam mengumumkan Ahli Jemaah Menteri Kerajaan Sabah yang baharu, dengan tujuh melibatkan ADUN GRS, manakala masing-masing dua daripada BN dan PH.
Rombakan itu menyaksikan Shahelmey dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III menggantikan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang dilantik Timbalan Ketua Menteri II.
Shahelmy turut menggantikan Bung Moktar sebagai Menteri Kerja Raya.
Tiga ADUN Sabah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Jemaah Menteri baharu kerajaan Sabah ialah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang juga ADUN Api-Api Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe (Luyang) daripada DAP dan James Ratib daripada BN (Sugut).
Sementara itu, Liew yang dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata satu mesyuarat akan diadakan bersama pembantu menteri serta pihak pengurusan kementerian serta agensi terlibat bagi memantapkan sektor pelancongan negeri berkenaan.
"Kami (Sabah) merekodkan 4.3 juta pelancong dan lebih separuh dari China, tetapi selepas pertukaran kerajaan pada 2020 dan pandemik COVID-19, pasaran menjadi sangat sunyi. Kami akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan sektor pelancongan kami pada 2023... kita harap ini tahun yang bagus buat Sabah," katanya.
Sementara itu, Phoong yang dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata beliau akan menggandakan usaha, masa dan tanggungjawab bagi membantu rakyat dan bersama-sama membangunkan negeri menjadi lebih mampan.
"Saya tahu ini tanggungjawab amat berat dan penggal kerajaan cuma tidak sampai tiga tahun lagi ertinya pelantikan ini saya kena gunakan sebaiknya, tidak ada 'honeymoon time for me' khususnya menjelang Tahun Baharu Cina, saya terpaksa batal banyak sesi jamuan kerana ini masa kembali bekerja," katanya.
Selain itu, James yang memegang portfolio Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri berkata beliau akan menggunakan pengalaman sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah selama lebih dua tahun untuk membangunkan negeri terutamanya di kawasan miskin tegar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 12 2023

SHAHELMEY: Kemelut politik sudah beredar jadi ini adalah masa untuk Kabinet Sabah dengan formula baharu ini bekerja untuk rakyat. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

RM7 juta biaya kos kajian kebolehlaksanaan projek Kereta Api Trans-Borneo
Sejumlah RM7 juta diperuntukkan bagi membiayai kos keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan Kereta Api Trans-Borneo, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu hari ini.

Belanjawan 2025: Peruntukan infrastruktur penting untuk Sabah - Shahelmey
Kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah amat penting demi manfaat rakyat.

Proses perolehan tender projek air Sabah diharap berjalan lancar - Shahelmey
Proses itu sepatutnya boleh dilaksanakan secara efektif memandangkan pelbagai peringkat pengurusan telah diselesaikan dalam tempoh setahun lalu.

15 SST projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1B dikeluarkan suku ketiga 2024
Sebanyak 15 Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B dijangka dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

KKR Sabah dalam proses stabil tekanan air - Shahelmey
KKR Sabah dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan keperluan asas itu diperoleh di seluruh kawasan di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.

Sabah belum terima maklumat rasmi projek keretapi berkelajuan tinggi - Shahelmey
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya berkata, belum ada pemakluman terperinci mengenainya setakat ini.

Empangan di Pulau Sebatik mula beroperasi pada kadar minimum - Shahelmey
Ini adalah susulan daripada operasi pembenihan awan yang dijalankan di Sabah pada Khamis lepas.

PRN Sabah mungkin menyaksikan pemilihan Parlimen Putatan - Bung Moktar
Shahelmey yang menyandang kerusi Parlimen Putatan digantung keahlian dalam UMNO pada 2023 menyebabkan beliau tidak boleh bertanding pada PRN.

Bekalan air di empangan Sabah cukup tiga bulan sekiranya kemarau berpanjangan
Timbalan Ketua Menteri III Sabah Datuk Shahelmey Yahya menjelaskan bekalan air sedia ada di empangan negeri mencukupi sehingga tempoh tiga bulan sekiranya berlaku musim kemarau berpanjangan.