SANDAKAN: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin melihat gandingan dengan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, yang dilantik sebagai timbalannya, mampu mengukuhkan parti itu di peringkat Sabah.
Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata walaupun pada luarannya nampak ada pertelagahan antara beliau dan Abdul Rahman, beliau melihat ia suatu perkara biasa dalam politik dan yang penting kedua-duanya mahu membawa UMNO Sabah ke tahap lebih tinggi.
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman yang juga mempunyai pengalaman untuk menyumbang kepada pembangunan parti itu di peringkat negeri berdasarkan pengalaman sebagai Ahli Parlimen Kota Belud dan menteri di peringkat Persekutuan sebelum ini.
"Dia (Abdul Rahman) selalu dihentam orang dan saya pun selalu kena hentam, jadi saya bersedia menyatakan bahawa mungkin Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melihat perlu ada kecantuman (gandingan) untuk memimpin UMNO Sabah ini dan saya menyahut cabaran itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar Ramadan UMNO Bahagian Kinabatangan di sini malam tadi.
Mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan Pilihan Raya Umum (PRU) seterusnya, Bung Moktar mahu ahli UMNO bersedia, bertindak aktif serta agresif mempertahankan pemimpin dalam parti itu apabila diserang parti lawan khususnya di media sosial.
Beliau berkata sehubungan itu, pasukan siber akan diwujudkan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) UMNO, yang disifatkannya akan memberi impak lebih tinggi untuk membantu kekuatan parti itu.
"Ini penting sebab kita telah membuat kajian dalam PRU dan PRN lepas, parti yang tidak menelaah, yang tidak menggunakan kekuatan melalui media sosial akan dikalahkan.
"Realitinya, gambaran politik pada ketika ini telah berubah daripada landskap politik biasa, dengan setiap parti perlu merungkai dan perlu mencari pendekatan baharu untuk memastikan parti itu akan terus sentiasa relevan dalam berhadapan pilihan raya," katanya.
Bung Moktar mengakui kelemahan UMNO dalam memenangi banyak kerusi pada PRU dan PRN lepas disebabkan budaya parti itu, dengan kebanyakan ahlinya tidak memainkan peranan untuk menghalang dan membela kritikan terhadap pemimpin mereka melalui media sosial.
"Bahkan mereka terikut-ikut dengan rentak pembangkang (contohnya) apabila sebuah blog menyiarkan bermacam-macam, orang UMNO sendiri pula 'discredit' atau memburukkan pemimpin dia (sendiri)," katanya.
Bung Moktar turut menyamakan serangan terhadap pemimpin dalam politik dengan serangan terhadap seorang jeneral dalam peperangan iaitu pasukan akan menjadi lemah apabila seorang jeneral itu telah dikalahkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman. - Foto fail/BERNAMA

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Mercedes AMG mampu rapatkan jurang guna jentera baharu W16 - Russell
Pemandu Britain itu berkata pasukan berkenaan menyasarkan kembali menjadi pasukan kedua terpantas, selepas menduduki tempat keempat pada 2024.

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers
Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM.

Ragbi Malaysia intai khidmat tiga pemain naturalisasi
Ragbi Malaysia kini dalam proses mendapatkan tiga pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad 15 sebelah kebangsaan.

Bung Moktar, Zizie Izette akan fail semakan terhadap keputusan perintah bela diri
Bung Moktar dan isterinya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan itu membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah.

Hakim baharu dengar bicara bela diri kes rasuah Bung Moktar, isteri 9 April 2025
Mahkamah Sesyen menetapkan tujuh hari bermula 9 April tahun depan bagi Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Rasuah RM2.8 juta: Bung Mokhtar, Zizie Izette tiba di mahkamah
Bung Moktar dan Zizie yang sebelum ini menghadapi tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, dilihat memasuki kamar mahkamah jam 8.45 pagi ini.

Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.

PRN Sabah: Bung Moktar tegas tolak kerjasama dengan GRS
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tegas dengan pendiriannya untuk menolak bekerjasama semula dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PRN Sabah: Mahu gerak solo, sedia terima tentangan sengit BN - Bung Moktar
Katanya, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana parti yang ingin bergerak solo walaupun kerjasama BN dan PH telah dimuktamadkan.

PRN Sabah: Jentera UMNO, BN digesa tingkat kesiapsiagaan - Bung Moktar
UMNO Sabah menggesa jentera parti itu untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang.

PRK Nenggiri: Pengundi perlu ambil peluang, beri isyarat - Bung Moktar
Bung Moktar berkata beliau yakin sekiranya keputusan PRK itu memihak kepada calon BN, hal itu akan mampu mengubah polemik politik negeri itu secara keseluruhan.

Pendengaran rayuan berhubung pembebasan Bung Moktar, isteri ditangguh 9 Okt
Pendengaran rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya ditangguhkan ke 9 Okt depan.