Mesyuarat Pimpinan Perikatan Nasional (PN) telah bersetuju untuk menamakan Setiausaha Agung PN, yang juga Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang turut berkata mesyuarat juga bersetuju melantik Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN. "Dalam mesyuarat PN kita telah menubuhkan satu jawatankuasa dalam kalangan 74 ahli Parlimen. Kita telah melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ketua Ahli Parlimen PN, Tan Sri Abdul Hadi sebagai Timbalan Ketua Ahli Parlimen PN, manakala Setiausaha Agung Perikatan Nasional Datuk Seri Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang," katanya. Takiyuddin berkata, beliau pula dilantik sebagai Ketua Whip Parlimen bagi gabungan itu.
Parlimen | PN lantik Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang Jelasnya, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat beberapa hari lalu. PN juga katanya telah menghantar nama calon yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau tidak mahu mendahului Muhyiddin yang dijangka akan mengumumkan nama calon berkenaan. Ahli PN setakat ini bersetuju untuk menjadi pembangkang di Dewan Rakyat bagi mengimbangi Kerajaan Perpaduan.10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025) Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.
PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI" Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini. Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang' Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).