KUALA LUMPUR : Setiap ahli politik tidak kira daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang diminta untuk menghentikan pertikaian politik dan memberi tumpuan sepenuhnya untuk membantu rakyat dalam tempoh sukar ini.
Presiden Parti Cinta Sabah, Datuk Seri Anifah Aman turut menggesa ahli politik untuk mengetepikan perbezaan buat sementara waktu dalam menangani pandemik COVID-19.
Beliau yang juga bekas Menteri Luar berkata, kerajaan seharusnya tampil dengan cara lain dalam menangani krisis dihadapi apabila cara sebelum ini tidak berhasil.
"Kerajaan perlu tampil dengan polisi yang lebih baik bagi menangani pandemik COVID-19 dan mesti mencari kestabilan diantara memelihara keselamatan dan kelestarian kebajikan rakyat.
"Pandemik telah memberi kesan kepada orang ramai dalam pelbagai cara. Banyak yang kehilangan nyawa, keluarga turut bersedih di atas kehilangan insan tercinta.
"Lebih memburukkan keadaan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dalam tempoh yang panjang dan ia telah membuatkan rakyat terjejas dari segi perniagaan dan kehilangan pekerjaan, sekali gus memberi kesan yang teruk," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau dalam masa sama turut mempersoalkan strategi sedia ada yang digunakan dalam menangani masalah dihadapi rakyat kini, khususnya yang menyentuh mengenai soal kebajikan dan ekonomi mereka.
"Bukan hanya golongan B40 yang terkesan akibat pandemik. Tidak lama lagi, golongan M40 juga akan terkesan. Apabila satu kumpulan kehilangan pendapatan, mereka juga akan kehilangan kuasa untuk membeli.
"Ini akan menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli barang keperluan, manakala mereka yang menjual (barangan) juga akan kehilangan pendapatan.
"Perniagaan akan terjejas, pekerja akan kehilangan pekerjaan. Bagaimanapun, tindakan untuk melaksanakan tempoh berkurung berterusan bukan jawapannya. Ia adalah satu kitaran yang buruk," jelas beliau.
Selain itu, beliau sedar dan memahami keperluan kerajaan untuk membenarkan sesetengah sektor untuk beroperasi ketika PKP ini. Memberi contoh katanya sektor perkilangan.
Oleh yang demikian, pelaksanaan pembukaannya perlu dilakukan dengan lebih baik dan tertib agar penularan melibatkan sektor itu tidak terus berlaku.
Anifah menambah, pada masa ini rakyat marah terhadap ahli politik yang dilihat diberi kelebihan seperti 'dwi-standard' atau layanan berbeza dalam pematuhan arahan prosedur operasi standard (SOP).
Tegasnya, ahli politik mahupun pemimpin yang melakukan perjalanan ke luar negara untuk bercuti hanya memberi mesej negatif kepada rakyat yang jelas terkesan akibat dihimpit pandemik.
"Tunjukkan rasa empati kepada rakyat yang kehilangan nyawa, pekerjaan dan tidak mampu menampung kehidupan ketika ini.
"Ini bukanlah masa untuk menunjukkan kekayaan dan kebahagiaan tatkala rakyat jelas sengsara," katanya.
Nickyson Nyambar
Wed Jul 14 2021

Anifah mahu setiap pihak bekerjasama dan mengetepikan segala perkara yang tidak penting demi menyelesaikan krisis dihadapi negara ketika ini. -Gambar Fail

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

WHO desak perjanjian pandemik baharu selepas AS tarik diri
Tiada negara boleh melindungi diri sendiri daripada pandemik yang akan datang secara bersendirian.

Ringgit ditutup pada 4.12, paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan
Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan mengukuh, mencecah paras tertinggi dalam tempoh 39 bulan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pelancongan global hampiri pemulihan sepenuhnya dengan mencapai 96 peratus tahap sebelum pandemik
Walaupun menghadapi cabaran ekonomi dan geopolitik yang berterusan, sektor pelancongan dijangka pulih sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

Kepakaran menghasilkan vaksin ada pada universiti, bukan KKM - Pakar
KKM perlu kerjasama dengan universiti untuk bangunkan vaksin bagi mengelakkan pembaziran dana serta kebergantungan kepada vaksin import.

Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan cadang kerajaan tingkat penyelidikan antimikrob
Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan Dewan Rakyat mencadangkan kerajaan meningkatkan penyelidikan untuk antimikrob termasuk antibiotik dan antiviral generasi seterusnya bagi menghadapi cabaran AMR.

Festival Menyelam Labuan 2.0 bermula hari ini
Festival Menyelam Labuan 2.0 yang menghimpunkan penyelam dari dalam dan luar negara bermula hari ini dan akan berlangsung hingga Ahad depan.

Negara anggota WHO lanjutkan perbincangan perjanjian pandemik setahun lagi
INB akan meneruskan mandatnya untuk menyampaikan perjanjian itu menjelang Perhimpunan Kesihatan Sedunia pada 2025, atau lebih awal.

97 peratus perniagaan di Malaysia ada wanita dalam pasukan pengurusan kanan - Grant Thornton
Sebanyak 97 peratus perniagaan di Malaysia mempunyai wanita dalam pasukan pengurusan kanannya pada masa ini berbanding 92 peratus pada 2023, sekali gus menunjukkan pertumbuhan yang positif.

Bersedia hadapi pandemik seterusnya - WHO
Persediaan adalah soal bila pandemik akan datang tiba dan bukannya soal jika wujud pandemik seterusnya.

Kejohanan Enrich Sports Game tawar hadiah lumayan RM30,000
Hadiah lumayan hampir RM30,000 bakal menjadi rebutan untuk pemenang Kejohanan Enrich Sports Game yang dijadualkan berlangsung pada 10 Disember ini di Bunga Kemboja Fitness Seri Kembangan, Selangor.