Skip to main content

Politik

'I will be back!' - kata Najib di Terengganu

51527240781_NajibRazak.jpg
51527240781_NajibRazak.jpg

Advertisement

"InsyaAllah, I will be back (saya akan kembali)!" kata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selepas berkunjung ke Terengganu baru-baru ini.

Ketika kunjungannya ke negeri Pantai Timur itu, Najib mengakui menerima sambutan mesra yang sangat luar biasa dari penduduknya.

Najib juga mencatatkan menerusi posting di laman Facebook beliau malam tadi, bahawa beliau turut merindui semua rakyat.

"Saya rindu semua rakyat. Walaupun sehari sahaja di sini, saya dapat rasakan sambutan dan kemesraan yang sangat luar biasa.

"Saya kongsi gambar suasana di Pantai Teluk Ketapang ini. InsyaAllah, I will be back! Hidup RAKYAT!," tulis beliau.

 

Namun tidak dinyatakan apakah beliau berhasrat untuk kembali menerajui negara atau mahu berkunjung sekali lagi ke Terengganu.

Najib kini berdepan 42 pertuduhan di mahkamah melibatkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, namun beliau mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan.



Must Watch Video

Advertisement