Ibu pejabat MIC dalam proses menghantar borang B kepada semua cawangan parti bagi membolehkan mereka mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan, kata Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan.
Beliau berkata cawangan yang telah menerima borang berkenaan boleh mengemukakan kertas pencalonan mereka pada 10, 11 dan 12 Julai ini.
Pemilihan, bagi kira-kira 3,400 cawangan, dijadualkan diadakan seminggu selepas itu.
Saravanan berkata sekiranya tiada pertandingan selepas pencalonan, ketua cawangan itu akan diumumkan sebagai ketua cawangan yang dipilih secara sah dan tidak perlu mengadakan mesyuarat agung.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan projek fertigasi cili Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (NAAM), di sini pada Sabtu.
Ditanya mengenai pengedaran Borang B oleh Datuk Seri G. Palanivel yang menegaskan dirinya masih presiden MIC, Saravanan yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata Palanivel bukan lagi presiden MIC dan anggota parti mengikut perlembagaan MIC.
Palanivel dilaporkan telah memecat dirinya sendiri daripada MIC apabila beliau melanggar perlembagaan parti dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu, dengan itu membolehkan Timbalan Presiden Datuk Seri Dr S. Subramaniam menjadi pemangku presiden.
"Kalau dia (Palanivel) nak adakan mesyuarat cawangan, cawangan itu tidak sahlah. Macam mana bukan ahli mahu mengendalikan mesyuarat," kata Saravanan yang juga Anggota Parlimen Tapah.
Beliau berkata pengerusi cawangan dan anggota jawatankuasa sudah cukup matang untuk membuat penilaian.
Mengenai projek fertigasi cili, Saravanan yang juga pengasas Yayasan NAAM berkata sebanyak 109 pengusaha terlibat dalam fasa pertama projek itu membabitkan keluasan tanah 44.1 hektar.
Beliau berkata untuk fasa kedua pula, sebanyak 350 pengusaha telah mendaftar selain turut menghadiri kursus awal.
Katanya Yayasan NAAM menyasarkan untuk melahirkan lebih ramai belia mahir dalam bidang pertanian yang dapat memberi pulangan yang tinggi kepada mereka.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda MIC, C.Sivaraajh berkata majoriti ketua pemuda bahagian MIC bersetuju agar pemilihan parti diteruskan dalam usaha menamatkan krisis yang sedang berlarutan.
Beliau berkata sebelum ini sokongan agak berbelah bahagi kerana mereka tidak mendapat penjelasan yang secukupnya daripada aspek teknikal, namun pergerakan itu sudah mendapat penerangan melalui perjumpaan khas yang beliau sendiri anjurkan pada Sabtu.
"Hari ini saya berpuas hati kerana mereka sanggup hadir ke sini untuk mendengar sendiri penjelasan kenapa parti perlu melalui proses (pemilihan) ini," katanya.
Sivaraajh berkata ketua pemuda atau wakil dari 96 bahagian hadir di perjumpaan itu di ibu pejabat MIC di sini.
Bernama
Sun Jul 05 2015
![Ibu pejabat MIC edar borang B bagi pemilihan cawangan - Saravanan Ibu pejabat MIC edar borang B bagi pemilihan cawangan - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436006106_MSaravanan.jpg)
SARAVANAN: Cawangan yang telah menerima borang berkenaan boleh mengemukakan kertas pencalonan mereka pada 10, 11 dan 12 Julai ini.
![Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS, tanpa dana AS - PBB
Penggantungan program bantuan luar oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump boleh menyebabkan 6.3 juta kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh empat tahun akan datang, menurut sebuah organisasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menangani penyakit itu.
![Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738997966_KhairiKhairudin.jpg)
Sifat tamak, ingin cepat kaya dorong peningkatan kes mangsa pelaburan - Polis
Keinginan untuk cepat kaya dikenal pasti menjadi pendorong kepada peningkatan bilangan mangsa jenayah komersial terutamanya membabitkan pelaburan tidak wujud di Terengganu.
Wanita maut terjatuh dari tingkat atas PPR
Seorang wanita ditemui mati di tempat parkir motosikal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai, Johor Bahru.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipercayai terjatuh dari tingkat atas bangunan tersebut.
KDN haramkan tiga buku
KDN mewartakan perintah larangan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301] berkuat kuasa pada 21 dan 22 Januari, tiga tajuk buku iaitu "My Shadow Is Purple, Koleksi Puisi Masturbasi dan All That's Left In The World.
KPM tidak pernah benarkan syarikat swasta, perunding kewangan buat aktiviti di sekolah: Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana syarikat swasta atau perunding kewangan untuk menjalankan aktiviti dalam kawasan sekolah.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, mana-mana pihak luar yang ingin memasuki setiap fasiliti KPM perlu mendapatkan kebenaran rasmi terlebih dahulu.
Keputusan tidak teruskan garis panduan hadiri rumah ibadat bukan Islam tepat - GRS
Ketua Penerangan GRS Datuk Joniston Bangkuai dalam kenyataan pada Jumaat
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
berkata keputusan ini menunjukkan kerajaan persekutuan mengambil berat tentang sentimen rakyat dalam isu perkauman dan agama.
Sarawak tidak perlu garis panduan agama - SUPP
Menyifatkan Sarawak sebagai negeri “sekular”, Setiausaha Agung SUPP, Sebastian Ting, berkata mereka mendapati garis panduan yang dicadangkan itu “tidak perlu dan keterlaluan”.
Garis panduan lawat rumah ibadat bukan Islam ikut negeri
Garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam yang telah diguna pakai di setiap negeri sudah memadai untuk dijadikan rujukan.
![Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738997770_civilianscampMun.jpg)
Pegawai Afrika desak gencatan senjata dalam mesyuarat krisis Congo
Pegawai tertinggi dari negara-negara Afrika Timur dan Selatan menggesa gencatan senjata segera di Republik Demoktratik Congo.
![Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736592658_SSubramaniam.jpg)
Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.
![Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736136256_tbTitahAdendum.jpg)
Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.
![MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735859979_TBSARAVANAN.jpg)
MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.
![MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733997292_TBMurugiah.jpg)
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
![Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733326299_TBShateshKumarSanga.jpg)
Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.
![Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666432440_DEEPAVALI.jpg)
Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.
![MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690525615_TanSriMRamasamy.jpg)
MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.
![PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727061144_SyedHussienSyedAb.jpg)
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
![MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725806648_tbMSaravanan.jpg)
MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.
![MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723040529_TanSriSAVigneswar.jpg)
MIC terbuka terima semula bekas ahli parti - Vigneswaran
Perkara berkenaan diputuskan pada mesyuarat ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang diadakan hari ini.