KUALA LUMPUR: Golongan pengundi muda yang membabitkan usia 18 hingga 21 tahun rata-ratanya tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.
Menurut Pengerusi Bersih, Thomas Fann, ia antara faktor yang menyaksikan mengapa golongan tersebut lebih memilih untuk tidak turut serta mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
Jelasnya lagi, dinamika dan iklim politik semasa dua tahun kebelakangan ini juga telah menyaksikan rakyat termasuk golongan tersebut seakan sudah bosan dengan retorik politik berterusan yang dipamerkan.
“Mereka lebih tertarik dengan isu kos sara hidup, perumahan, peluang pekerjaan dan pendidikan. Inilah isu yang pada saya golongan muda lihat sebagai amat penting. Gabungan atau parti yang membawa isu ini mampu menarik minat mereka.
“Isu-isu lain seperti rasuah walaupun amat penting kepada negara kita, itu bukan satu kepentingan setakat ini kerana kita masih nak keluar daripada kesan akibat pandemik COVID-19,” jelasnya kepada Astro AWANI.
Peratusan yang direkodkan dalam Daftar Pemilih dalam PRN Johor setakat ini juga katanya tidaklah begitu besar bagi memberi impak terhadap keputusan sesuatu pilihan raya.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ia menjadi faktor menarik dalam sejarah pilihan raya apabila buat pertama kalinya menyaksikan golongan tersebut dibenarkan mengundi.
Golongan tersebut, katanya, telahpun menyumbang sejumlah 40 peratus dalam pilihan raya tersebut daripada jumlah keseluruhan yang layak mengundi.
“Kesanya yang besar bukan PRN Johor, tetapi saya percaya Pilihan Raya (PRU-15) akan datang dengan kesedaran yang lebih akan keluar mengundi dan ini akan memberikan kesan yang besar terhadap pilihan raya dan politik dalam negara kita,” jelasnya lagi.
Raja Hisyam Raja Zaid
Mon Mar 21 2022

Golongan pengundi muda yang membabitkan usia 18 hingga 21 tahun rata-ratanya tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini, kata Pengerusi Bersih, Thomas Fann. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.

PRK Sungai Bakap: Calon PH dekati anak muda menerusi e-sukan
Calon PH Dr Joohari Ariffin memanfaatkan platform itu untuk mendekati pengundi muda dan pengundi kali pertama bagi PRK Sungai Bakap.

Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.

PRK Kemaman: Pengundi muda atau tua perlu dihormati - Raja Mohamed Affandi
Setiap pengundi tidak kira lapisan umur, muda atau warga emas sekalipun perlu didekati dengan penuh hormat.

PRK Kemaman: Pengundi muda kini lebih matang, mahu suara diwakili calon tepat
Berhadapan pilihan raya ketiga di Kemaman dalam masa setahun, kelompok pengundi muda di Parlimen ini sedar "jari" mereka mempunyai kuasa besar yang ditagih calon bertanding.

PRK Jepak medan kedua uji kecenderungan pengundi muda Sarawak
PRK DUN Jepak menjadi medan kedua bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), menilai kecenderungan pengundi muda terhadap gabungan parti yang memerintah negeri itu.

PRK Pelangai: Sambutan pengundi muda memberangsangkan - SPR
Kehadiran pengundi muda di saluran 4 dan 5 menggalakkan berbanding pilihan raya sebelum ini.

PRK Pulai: Tempuh perjalanan 4 jam pulang mengundi
Walaupun hujan pada sebelah pagi di kebanyakan Pusat Mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, ia tidak menghalang pengundi untuk keluar memilih wakil rakyat mereka, hari ini.

PRN: 'Anak muda harus dididik pilih calon bukan sebab populariti' - Penganalisis politik
Generasi baharu pengundi harus dididik untuk membuat pilihan dengan baik dan bukan hanya berlandaskan populariti atau elemen hype di media sosial semata-mata.

PRN: 'Saya harap kerajaan negeri tumpu peluang pekerjaan golongan muda' - Pengundi
Lebih 2.8 juta pengundi muda menunaikan tanggungjawab mereka di 997 pusat pengundian di seluruh negeri Selangor pada Pilihan Raya Negeri(PRN) kali ini.