Pemuda MCA hari ini meminta kerajaan memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Imigresen yang didakwa menghalang beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis daripada meninggalkan negara, baru-baru ini.
Ketuanya, Chong Sin Woon berkata tanpa sebarang penjelasan atau alasan yang kukuh, tindakan itu dilihat boleh mendatangkan persepsi negatif masyarakat.
"Kerajaan patut beri penjelasan ke atas tindakan menghalang mereka daripada ke luar negara kerana biarpun pihak berkuasa berhak berbuat demikian mengikut undang-undang, namun dalam dunia moden ini, rakyat mendesak agar penjelasan diberikan ke atas setiap tindakan penguatkuasaan yang diambil."
"Jadi kerajaan sewajarnya menjelaskan mengapa dan atas apa alasan mereka berbuat demikian. Memandang ke hadapan, apa yang rakyat mahukan adalah urus tadbir kerajaan yang lebih telus," kata Sin Woon dalam satu sidang media mengenai forum bertajuk "Mengurangkan Rasuah" di ibu pejabat MCA, Kuala Lumpur.
BACA: Siapa yang dihalang ke luar negara setakat ini
VIDEO: DAP minta Imigresen jelaskan dalam 7 hari isu Tony Pua
Beliau berkata demikian sebagai mengulas insiden Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dihalang Jabatan Imigresen daripada keluar negara ketika hendak menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada Rabu.
Selain Pua, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, aktivis Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim turut berdepan sekatan sama.
Berhubung isu semasa yang melanda negara baru-baru ini, kata Sin Woon, ia juga perlu diperjelaskan secepat mungkin bagi mengelak imej negara daripada tercemar.
"Kami juga mendesak agar apa sahaja khabar angin berhubung 1MDB, rasuah atau parti pembangkang diperjelaskan secepat mungkin kerana skandal-skandal dalaman ini telah menjejaskan imej negara.
"Ini sesuatu yang tidak baik untuk kemasukan pelabur asing. Apabila ekonomi negara terjejas, semua pihak akan merana," katanya.
Rakyat juga kata Sin Woon sudah serik dengan konflik dalaman berhubung parti-parti politik di negara ini.
"Kami mendengar daripada rintihan rakyat yang mahu semua perkara tidak berfaedah ini dihentikan. Tiba masanya ahli-ahli politik meluangkan lebih masa bagi menyelesaikan masalah rakyat," katanya lagi.