Skip to main content

Politik

Ismail jawab tanda tanya Rais Yatim, tegas pelantikan MB ikut tatacara

SEREMBAN, 4 Ogos -- Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim (duduk) menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba bagi memulakan tugas hari pertama beliau di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Wisma Negeri hari ini.
Rais mempersoalkan urusan pelantikan Ismail (gambar) sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dengan melontarkan beberapa persoalan di sebalik pemilihan ADUN Juasseh itu termasuk mendakwa wujudnya campur tangan dari "luar" dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan. - Foto Bernama
Advertisement

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menegaskan tatacara pelantikannya sebagai Menteri Besar telah dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dibangkitkan oleh Pengerusi Wawasan Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berhubung pelantikannya ke jawatan berkenaan.

“Saya tak berapa mengikuti, tetapi saya rasa tatacaranya telah diikuti dengan betul. Tatacara pelantikan telah diikut dengan betul.

“Lain daripada itu saya tak ada komen,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi di Wisma Negeri, di sini, pada Selasa.

Pada Ahad, Rais mempersoalkan urusan pelantikan Ismail sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau yang juga bekas menteri kanan UMNO melontarkan beberapa persoalan di sebalik pemilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu termasuk mendakwa wujudnya campur tangan dari "luar" dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.
 

Must Watch Video

Advertisement