KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri secara logiknya harus dillihat sebagai langkah mudah bagi UMNO untuk kembali menerajui pucuk kepimpinan negara yang terlepas daripada genggamannya semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018.
Bagaimanapun, pelantikan Naib Presiden UMNO itu dilihat seolah-olah tidak diterima dengan baik oleh UMNO sendiri apabila Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, sesuatu yang pernah disuarakan oleh beliau sebelum ini.
Namun pada sidang media yang dibuat selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO itu, Ahmad Zahid tidak menyentuh mengenai kedudukan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang memegang jawatan dalam Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.
Akibatnya timbul kekeliruan dalam kalangan ahli UMNO sendiri yang sebenarnya melihat pelantikan Ismail Sabri sebagai sesuatu yang positif bagi parti dan boleh bersama-sama membantu memulihkan keadaan rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Selain menarik balik sokongan, Ahmad Zahid turut meminta Muhyiddin supaya berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad dengan memberi tumpuan kepada usaha menangani wabak COVID-19 sebelum mengembalikan semula mandat kepada rakyat setelah negara berjaya mencapai imuniti kelompok.
Bagi penganalisis politik Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang iaitu Che Hamdan Che Mohd Razali, pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri harus dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada UMNO dan sewajarnya disambut baik di semua peringkat parti itu.
"Namun mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan mungkin merupakan strategi UMNO memandangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri itu (disandang) oleh wakil UMNO dan berpeluang menjadi Perdana Menteri," katanya.
Beliau berpandangan menukar perdana menteri, walaupun untuk sementara waktu, pada masa sekarang merupakan satu risiko yang besar kepada negara tambahan ketika Malaysia masih dilanda COVID-19.
"Sukar untuk menjangka apa yang akan berlaku dari segi penyelesaian konflik pandemik, ekonomi dan politik yang berlaku dengan pertukaran perdana menteri kerana apa yang berlaku kini adalah di luar kawalan manusia, misalnya dalam kes COVID-19," katanya.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Mohd Izani Mohd Zain pula berkata beliau tidak nampak tindakan seterusnya yang akan diambil oleh UMNO selain apa yang dilakukan parti itu sekarang ialah semata-mata ingin memberi tekanan kepada Perdana Menteri untuk melepaskan jawatannya.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Politik Malaysia pasca Mesyuarat MKT UMNO
BACA: Pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin diharap kukuhkan institusi kerajaan- PNBBC
BACA: Pelantikan Ismail, Hishammuddin tepat, bantu stabil dan perkukuh kerajaan - Parti komponen
"Jika UMNO nak tubuhkan kerajaan baharu, siapalah gandingan UMNO? Sedangkan UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PKR dan DAP.
"Saya tidak nampak tindakan ini akan memberi implikasi kepada kerajaan melainkan menteri-menteri UMNO melepaskan jawatan (dalam kerajaan) serta wujud secara jelas sebuah gabungan baharu untuk menggantikan PN.
Mohd Izani berkata selain meletakkan tanggungjawab menguruskan negara dengan baik sepenuhnya ke atas bahu perdana menteri, kejayaan negara juga amat bergantung kepada kerjasama semua ahli politik serta keberkesanan penjawat awam.
BACA: Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin langkah awal pemulihan UMNO - Prof Ulung
BACA: Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin diharap dapat kembalikan tumpuan kepada isu penting - GPS
BACA: Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM tenangkan kerjasama parti politik dalam PN
Katanya tiada jaminan bahawa dengan menukar perdana menteri akan membolehkan keadaan negara semakin baik dan jika ia tidak menjadi realiti, kemungkinan besar berlaku pertukaran dalam pucuk kepimpinan selepas itu.
Kedua-dua penganalisis politik juga sependapat bahawa dalam keadaan jumlah kes COVID-19 yang masih tinggi, tidak sesuai untuk diadakan PRU15 walaupun ia dianggap satu-satunya jalan bagi menamatkan kemelut politik negara.
BACA: Ismail Sabri, Hishammuddin mampu bantu Malaysia tangani COVID-19 - Hajiji
BACA: Ismail Sabri, Hishammuddin mampu tadbir dan bantu kerajaan tangani COVID-19 - MB Johor
Selain Ismail Sabri, turut diumumkan ialah pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri yang mengetuai Kluster Keselamatan.
BACA: Jawatan Timbalan Perdana Menteri satu amanah, tanggungjawab berat - Ismail Sabri
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021

Che Hamdan berkata, pelantikan Ismail Sabri sebagai Timbalan Perdana Menteri harus dilihat sebagai satu pengiktirafan kepada UMNO dan sewajarnya disambut baik. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.