KUALA LUMPUR: Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
Bagi Penganalisis Politik yang juga Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid, dilema yang berlaku ketika ini dijangka memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) terutama selepas diberikan mandat oleh rakyat.
"Dilema ketika ini apa yang dihadapi oleh UMNO, kepimpinan UMNO dan BN ialah tentang persoalan MB kerana ia memberi kesan terhadap apa yang dijanjikan oleh UMNO semasa kempen PRN lalu.
"Datuk Seri Hasni menjadi 'poster boy' bagi UMNO, menunjukkan beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar, tetapi inilah wajah membawa kestabilan dalam konteks politik Negeri Johor.
"Saya kira penggunaan naratif itu diterima rakyat, dan rakyat menerima Hasni sebagai wajah dan orang akan kedepan mendahului BN ke arah kestabilan itu. Jadi sekiranya itu tidak berlaku, saya kira ini satu permasalahan besar dalam UMNO," jelasnya dalam temubual bersama AWANI Pagi pada Selasa.
Tambah Hamidin, nama-nama yang dicadangkan juga memberi satu kejutan terutama pengundi apabila Hasni tidak tersenarai sebagai calon tunggal memegang jawatan itu.
"Sudah tentu ramai terperanjat contohnya apabila diberitahu berita bahawa tiga nama dicadangkan, Datuk Seri Hasni, Datuk Onn Hafiz dan Datuk Puad Zarkashi.
"Malahan ada yang bertanya mengapa Datuk Puad berada dalam senarai itu, walhal beliau baharu sahaja kali pertama kembali ke peringkat negeri.
"Jadi itu menunjukkan konflik dalaman apa yang berlaku di Negeri Johor ketika ini. Jadi UMNO bukan sahaja akan berdepan dengan tuntutan rakyat, tetapi UMNO harus berjaya menguruskan perpecahan dalaman mereka kerana ini akan menganggu gugat apa yang mereka dapat melalui kemenangan di Melaka dan Johor," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Hasni pada Isnin yang memberi laluan kepada golongan muda dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu, tambah Hamidin, ia menunjukkan kesediaan Hasni untuk memberi laluan kepada generasi baharu menerajui tampuk pemerintahan negeri itu.
"Ia merupakan satu kenyataan yang baik yang dikeluarkan oleh Hasni menunjukkan bahawa kesediaan beliau untuk menyerahkan tampok kuasa pentadbiran kepada golongan muda itu yang seharusnya berlaku.
"Saya percaya bukan sahaja di Johor tapi di negeri lain ketika ini, tapi pada masa sama saya kira adalah perlu kita terima hakikat persoalan tentang Menteri Besar dan siapa dia dan adakah Exco semua ini terutama dalam perlantikan golongan muda tidak merupakan satu yang dijanjikan Barisan Nasional.
"Jadi ini persoalan yang akan dihadapi oleh UMNO dimana rakyat masih lagi segar, penyokong masih lagi bergembira merayakan kemenangan, tiba-tiba kemenangan itu ditutup dengan permasalahan berlaku dengan perlantikan Menteri Besar ini. Ini saya kira sesuatu yang akan memberikan kesan kepada UMNO," jelasnya lagi.
Mengenai pelantikan golongan muda, ujar Hamidin, sekiranya Hasni masih diberikan mandat untuk mentadbir negeri itu, beliau percaya ramai golongan muda akan diberikan ruang.
"Dalam perlantikan golongan muda, saya percaya sekiranya Hasni masih lagi diberikan mandat untuk menjadi Menteri Besar Johor, beliau akan meletakkan golongan muda lebih ramai dalam konteks EXCO.
"Saya kira itu adalah cara yang terbaik untuk memastikan bahawa golongan muda terlibat sama dalam pentadbiran negeri johor terutama bagi masa hadapan.
"Saya kira tidak semestinya pelantikan Menteri Besar itu mencerminkan keseriusan kerajaan negeri bagi mendepani golongan muda. Saya percaya lebih sepatutnya dasar dan mereka yang bertanggungjawab itu diberikan kepada golongan muda," katanya lagi.
Justeru, BN ujar Hamidin seharusnya lebih berhati-hati dalam isu terbabit terutama terhadap persepsi rakyat. Malah rakyat juga sedang memerhati setiap gerak-geri parti tersebut dalam menunaikan janji selepas diberikan mandat.
Fareez Azman
Tue Mar 15 2022

Penganalisis Politik yang juga Penyelidik ILHAM Centre, Profesor Madya Hamidin Abd Hamid berkata isu pelantikan siapa Menteri Besar Johor yang baharu dijangka beri kesan kepada UMNO dan BN. - Foto fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.

Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.

Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.

'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.

Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.

Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.