Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas mengisytiharkan ahli UMNO adalah Islam.
Beliau dalam nada sinis berkata sejak dahulu lagi Pas mengisytihar UMNO sebagai kafir dan kenyataan itu dilihat belum ditarik balik oleh parti Islam tersebut.
“Saya berpendapat, sebelum dia (Pas) bekerjasama dengan UMNO, dia mesti isytihar kata UMNO ini adalah orang Islam.
“Tapi sampai sekarang ini, Pas tak kata (apa-apa). Dahulu dia kata UMNO kafir pasal kerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, Pas tak kata pula UMNO itu kafir. Pas tak boleh. Pas kerjasama dengan UMNO, dia sendiri jadi kafir,” kata Dr Mahathir.
Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 semalam meluluskan usul supaya pimpinan Pas Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
Usul itu dibentang oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama Mohd Asri Mat Daud, yang kemudiannya dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.
Ketika membentangkan usul itu, Mohd Asri berkata Pas tidak boleh menjalin taawun siyasi (kerjasama demi kepentingan Islam) semata-mata, sebaliknya hendaklah diikuti dengan tahaluf siyasi (muafakat politik).
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jun 23 2019

DR MAHATHIR: Dahulu dia kata UMNO kafir pasal kerjasama dengan orang kafir. Sekarang ini, Pas tak kata pula UMNO itu kafir. --fotoBERNAMA

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

Bank Islam akan lakukan peralihan automatik aplikasi GO ke BIMB Mobile
Aplikasi BIMB Mobile merupakan aplikasi terbaharu Bank Islam yang dikatakan menyediakan penawaran lebih moden dan lancar kepada pengguna.

Islam larang menyerupai jantina lain - JAKIM
Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.

Masyarakat diingat berhati-hati keluar perkataan boleh bangkit kemarahan antara kaum
Masyarakat diingatkan untuk sentiasa berhati-hati agar tidak mengeluarkan perkataan atau perbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan antara kaum.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
![[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan [KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735892357_Lelakialamiganggua.jpg)
[KOLUMNIS] Pukul dalam masjid: Islam bukan agama samseng, jangan cemar rahmat Tuhan
Mungkin umat Islam perlu ambil nilai murni ditonjolkan seorang imam dalam kejadian di Finsbury Park, London yang menghalang seorang lelaki dipukul selepas merempuh jemaah masjid selepas solat.

JAWI selesai ambil keterangan individu terlibat zikir secara pelik di tanah perkuburan Setapak
Laporan keterangan telah diserahkan kepada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan untuk pandangan dan tindakan susulan, termasuk kemungkinan tindakan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Ajaran The Ahmadi sesat, bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak - MKI
MKI memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of Peace and Light adalah sesat dan menyeleweng serta bercanggah dengan ajaran Islam dan hukum syarak.

Majoriti mahu kerajaan menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia mahu kerajaan bertindak menentang keganasan tanpa terlalu mengongkong sekiranya ada pihak ingin membincangkan isu 3R.