KOTA BHARU:Pas berpendapat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak boleh diketepikan dalam perjuangan politik dan usaha mengekalkan perpaduan Melayu.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, penglibatan parti Melayu bukan hanya antara Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.
Beliau berkata, penggabungan dengan semua parti Melayu lebih baik dalam usaha mengekalkan kuasa bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
"Bagi saya, lebih baik kita bersama... bukan sahaja dua parti, tapi parti-parti Melayu bersama dalam satu usaha untuk mengekalkan kuasa.
"Dan kita meraikan pelbagai bangsa dan agama dalam negara kita... kita raikan, bagi saya lebih besar lebih baik... satu berkas lidi, kalau dah besar banyak guna... lebih kuat," katanya.
Ahmad berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini, yang berpandangan UMNO dan Pas melalui Muafakat Nasional mampu menguasai kerajaan.
Beliau dilaporkan berkata, misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui BN dengan kerjasama PAS dan tiada siapa patut menghalangnya.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata sudah lama parti Melayu bertelagah yang mengakibatkan kerugian kepada orang Melayu dan Islam.
"Bagaimanapun Allah mentakdirkan penyatuan antara UMNO, Pas dan Bersatu... yang merupakan peluang diberikan untuk memperbetulkan keadaan.
"Ini menimbulkan kesedaran kepada rakyat bahawa tidak sepatutnya orang melayu bertelagah kerana parti," katanya.
Muhafandi Muhamad
Tue Dec 01 2020

Ahmad berkata, penglibatan parti Melayu bukan hanya antara Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.