ALOR GAJAH: Satu jawatankuasa peringkat Parlimen perlu dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau berkata hal ini kerana draf akta itu sudah lengkap sejak 2017 dan perlu segera dibentang supaya individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir manakala penerima tidak dizalimi.
"Draf akta itu sudah ada dan siap sejak 2017 dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Paul Low yang antara tugasnya ialah menyiapkan Akta Pendanaan Politik.
"Bagaimanapun, dalam peringkat jawatankuasa perbincangan pembangkang tidak setuju kerana mereka khuatir syarikat yang memberi dana politik kepada parti itu akan disenarai hitam oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertama UMNO Cawangan Taman Rambai Jaya Fasa III Dewan Undangan Negeri Paya Rumput di sini hari ini.
Ahmad berkata akta itu sudah lama diguna pakai di negara barat agar ahli politik atau mana-mana individu tidak menjadi mangsa kerana menerima atau memberi dana kepada parti politik.
"Saya sendiri dimangsakan kerana menerima dana politik yang saya tidak tahu bahawa duit itu ada kaitan atau tidak dengan 1MDB... Ini kerana ketika itu, saya adalah Ketua Penerangan UMNO dan Presiden bagi (dana politik)... namun mujurlah segalanya sudah selesai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Ahmad berkata hal ini kerana draf akta itu sudah lengkap sejak 2017 dan perlu segera dibentang supaya individu yang memberikan dana politik tidak berasa khuatir manakala penerima tidak dizalimi. - Gambar fail/Astro AWANI

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Satu PPS dibuka di Jelebu tempatkan 51 mangsa banjir
Sebuah pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan D'Sury, Jelebu pada 3 pagi tadi bagi menempatkan 51 mangsa terjejas akibat banjir kilat.

Paus Francis disahkan menghidap pneumonia - Vatican
Pemimpin tertinggi Gereja Katolik Sedunia itu alami pneumonia dia kedua-dua paru-parunya dan keadaannya kekal "kompleks." kata pentadbiran Vatican.

Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.

Aktivis teater Zakaria Ariffin meninggal dunia
Allahyarham Zakaria yang berusia 73 tahun meninggal dunia akibat stroke di Hospital Slim River, Perak, sekitar pukul 2.30 pagi tadi.
Zelenskyy tangguh lawatan ke Arab Saudi
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, menangguhkan lawatannya ke Arab Saudi bagi mengelakkan sebarang legitimasi terhadap mesyuarat antara pegawai Amerika Syarikat dan Rusia di Riyadh pada Selasa.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.
Ketika berada di Turki, Zelenskyy menjelaskan bahawa lawatannya, yang dijadualkan pada Rabu, ditangguhkan ke 10 Mac bagi mengelakkan sebarang kebetulan dengan pertemuan tersebut.

Ribuan berhimpun bantah pentadbiran Trump pada Hari Presiden
Protes besar-besaran itu dibuat ketika cuti umum Hari Presiden yang disambut pada hari Isnin ketiga dalam bulan Februari setiap tahun.
PGA tumpaskan sindiket dadah, temui 393 pil yaba di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah dalam op taring wawasan Kelantan selepas menyerbu sebuah rumah di Pulau Belanga, Kota Bharu pada Isnin.
Wanita warga Belanda cedera ketika mendaki gunung jasar
Penolong pengarah operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa dalam kenyataan pada Selasa berkata, mangsa berusia 51 tahun yang mendaki secara berkumpulan itu mengalami kecederaan pada bahagian lutut.
Mayat kedua remaja lemas di Sungai Perak ditemui
Mayat seorang lagi pelajar sekolah yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai perak dekat Kampung Tepus, Tanjung Belanja di parit pada Isnin ditemui pada Selasa.

Jawatankuasa peringkat Parlimen perlu untuk segerakan Akta Pendanaan Politik - Ahmad Maslan
Satu jawatankuasa peringkat Parlimen perlu dibentuk bagi membolehkan draf Akta Pendanaan Politik segera dibentangkan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.