ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah modul khas bersifat politik dan kenegaraan kepada pelajar sekolah menengah di negeri ini sejajar dengan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata modul berkenaan sedang dikaji Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta Institut Dato' Onn (IDO).
"Penglibatan IDO penting dalam penghasilan modul ini berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dipunyai oleh agensi ini dan buat masa ini pelajar sekolah menengah didedahkan dengan Amalan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan melalui Kelab Malaysiaku di 73 sekolah di seluruh Johor.
"Setakat ini, dengan kerjasama Akademi Pilihan Raya (APR), pelajar didedahkan dengan proses pilihan raya di samping memberi penekanan kepada kepentingan menjadi pengundi bertanggungjawab dalam memilih kepimpinan untuk menerajui negara di masa hadapan," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Norlizah (BN-Johor Lama) menjawab soalan Hahasrin Hashim (BN-Panti) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan membangun modul khusus bersih politik dan kenegaraan sejajar dengan penurunan had umur mengundi di negara ini kepada 18 tahun.
Menurut Norlizah, JaPen telah melaksanakan 20 Program Cambah Minda atau Taklimat Isu Semasa berkaitan Undi18 dan tanggungjawab warganegara di politeknik, kolej komuniti dan Tingkatan Enam di seluruh Johor.
Beliau berkata selain program, bahan sokongan yang menekankan mengenai kenegaraan juga telah disedia dan sedang diguna pakai di sekolah menengah dan tingkatan Enam berbentuk modul pembelajaran seperti Buku Modul Pengajian Am dan Modul Sejarah.
"Kandungan bahan akademik ini mendedahkan pelajar kepada pengetahuan politik berkaitan struktur pemerintahan negara, demokrasi berparlimen dan negara bangsa," katanya.
Norlizah turut memaklumkan Kementerian Pendidikan juga telah mewujudkan Kelab Rukun Negara dan Persatuan Sejarah dan Kewarganegaraan bertujuan menyuburkan sifat sayang kepada negara, jati diri dan sifat patriotisme.
"Selain itu, pelajar juga diterap kesedaran tentang warisan, tanggungjawab terhadap diri, orang lain, komuniti dan masyarakat serta sikap hormat terhadap budaya dan masyarakat lain di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Modul itu sedang dikaji Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta Institut Dato' Onn (IDO). - Gambar hiasan/Freeimages.com

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor rancang bangunkan modul khas politik, kenegaraan susulan Undi18
Modul itu sedang dikaji Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) serta Institut Dato' Onn (IDO).