KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijadualkan mengadakan mesyuarat pada Rabu ketika khabar angin parti itu mahu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin kuat bertiup.
Menurut sumber dalaman UMNO, mesyuarat yang akan diadakan secara maya itu dijangka memberi tumpuan kepada usaha-usaha membawa keluar UMNO dari PN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.
Sebelum ini dilaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan pertemuan dengan Ahli MKT UMNO bagi mendapatkan sokongan untuk keluar dari kerajaan sedia ada.
Zahid dilaporkan bertemu seorang demi seorang dengan Ahli MKT UMNO minggu lalu bagi mendapatkan tanda tangan surat menyokong keputusan meninggalkan PN secepat mungkin.
Malam tadi, Zahid telah mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO bagi memujuk mereka meninggalkan PN namun usahanya dilaporkan menemui kegagalan.
Pertemuan yang berlangsung di Wisma Perwira itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan,
SuaraTV melaporkan 31 dari 38 Ahli Parlimen UMNO sebaliknya menasihatkan Zahid agar menghentikan sebarang usaha memaksa mereka keluar dari kerajaan sebelum masa yang sesuai untuk Pilihan Raya Umum (PRU).
Sebaliknya, salah seorang pemimpin kanan UMNO telah memaklumkan kepada Zahid dan Mohamad bahawa 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah sebulat suara mahu salah seorang daripada mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen UMNO memberi gambaran mereka telah memaklumkan perkara ini kepada Perdana Menteri dan berharap Majlis Tertinggi UMNO menyokong pelantikan tersebut.
“Kami telah berbincang dengan pihak Perdana Menteri bagi perubahan dalam kerajaan sekiranya diperlukan dan kami berharap Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO mengiktiraf pelantikan TPM dari UMNO dalam kalangan Ahli Parlimen sedia ada,” kata pemimpin kanan UMNO itu.
Dalam pertemuan itu juga, dilaporkan salah seorang Ahli Parlimen UMNO menyifatkan sebarang usaha mewujudkan ketidakstabilan politik ketika ini akan menimbulkan kemarahan rakyat.
Ahli Parlimen itu juga mahu perkara tersebut disampaikan dalam mesyuarat MKT UMNO malam esok.
“Jika kita keluar kerajaan, kemungkinan kerajaan ini akan jatuh. Apa selepas itu? Mengadakan PRU sebelum kekebalan kelompok dicapai adalah sesutu kerja gila.
"Lebih gila keluar kerajaan menjadi second fiddle kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen yang tidak didedahkan identitinya.
SuaraTV juga melaporkan, dalam pertemuan malam tadi, Zahid mengakui rakaman audio perbualan dengan Anwar Ibrahim selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 Mac lalu adalah tulen namun menegaskan tindakan itu tidak melanggar disiplin parti.
Irwan Muhammad Zain
Tue Jul 06 2021

Salah seorang pemimpin kanan UMNO telah memaklumkan kepada Zahid dan Mohamad bahawa 35 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah sebulat suara mahu salah seorang dari mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. - Gambar hiasan

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.

Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.