KOTA KINABALU: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah pada pertemuan khas bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke peringkat kepimpinan pusat pada esok.
Proses pemilihan Pengerusi MPN PKR negeri, menurut beliau adalah sama seperti proses yang berlaku sebelum ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, dengan Sabah juga tidak terkecuali, iaitu akan dibincangkan di peringkat pusat.
"Mengikut proses, Presiden parti (Anwar) perlu mengadakan sesi konsultasi bersama Ketua Cabang dan proses itu telah berjalan. Selepas ini, Presiden mengikut kelaziman akan bawa hasil perbincangan dan keputusan ke mesyuarat pimpinan pusat, dan mesyuarat berikutnya diadakan esok.
"Terpulang kepada Presiden. Kita ada mesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Bergantung kalau Presiden merasakan perlu sedikit masa untuk berbincang lanjut mungkin mengenai Sabah atau MPN negeri lain yang ingin disekalikan. Mungkin kita akan dapat keputusan esok atau mesyurat MPN akan datang," katanya.
Terdahulu, Fahmi menghadiri perjumpaan khas Anwar bersama MPN PKR Sabah di sini, yang turut dihadiri Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Pengerusi MPN PKR Sabah Datuk Dr Sangkar Rasam.
Turut hadir 26 Ketua Cabang PKR Sabah antaranya Ketua Cabang PKR Kota Belud Datuk Mustapha Sakmud juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu Datuk Christina Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
![Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713591758_TBFahmi.jpg)
Fahmi berkata perkara itu mungkin akan dibawa ke peringkat kepimpinan pusat pada esok. - Gambar fail
![APMM tahan lima waarga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan APMM tahan lima waarga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269897_MaritimMalaysia.jpg)
APMM tahan lima waarga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
![Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81615523534_Nirwandy.jpg)
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713591758_TBFahmi.jpg)
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
![Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713582843_tbperjumpaankhas.jpg)
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.