JOHOR BAHRU: Keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding pendakwaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan rasuah dijangka mampu mengembalikan sokongan orang Melayu dan Cina kepada Barisan Nasional (BN).
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segamat, Datuk Bastien Onn berpandangan, keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid terhadap kesemua 47 pertuduhan berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi juga sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.
"Datuk Seri Najib Razak sudah dipenjarakan dan Ahmad Zahid sudah dilepaskan daripada tuduhan.
"Ini menjadikan BN tiada lagi tekanan soal integriti. Pengundi Cina sudah tiada sebab untuk tidak mengundi UMNO yang memerdekakan Malaysia dan terbukti mampu memacu ekonomi negara," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Pada Isnin, Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid pada peringkat ini.
Jabatan Peguam Negara pula menegaskan permohonan untuk melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri itu dibuat berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan kepada mahkamah.
Mengulas lanjut, Bastien berkata jika undi kaum Cina masih 95 peratus kepada Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, ia bermakna kumpulan itu didakwa mengundi atas asas kaum atau 'racial lines'.
Ditanya adakah keputusan kes Ahmad Zahid seolah-olah PH yang menganggotai Kerajaan Perpaduan sudah hilang asas moral dalam melawan rasuah, beliau berkata: "Ia bergantung kepada jawapan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun yang membuat keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan. Jadi, kita tunggu jawapan beliau sebelum menilai soal ini."
Begitu pun Bastien menambah, Idrus bertanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan adalah kuasa Peguam Negara sepenuhnya untuk tidak meneruskan pendakwaan.
Sementara itu, beliau berkata keputusan kes Ahmad Zahid tidak sepatutnya memberi impak kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini memandangkan UMNO tidak bertanding.
"Bagi pilihan raya akan datang, kerana isu integriti sudah pun dilunaskan, UMNO-BN sepatutnya beroleh keputusan yang baik," jelas Bastien lagi.
Sebelum ini, DAP turut berpandangan Idrus wajar memberikan penjelasan terbuka susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pula berkata penjelasan itu penting mengambil kira pandangan pelbagai pihak terhadap keputusan itu.
Hasimi Muhamad
Wed Sep 06 2023

Bastien berpandangan, keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid terhadap kesemua 47 pertuduhan juga sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan PH-BN. - Gambar fail

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Keputusan kes Zahid mampu kembalikan sokongan Melayu, Cina kepada BN - Bastien
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid sepatutnya mengubah landskap sokongan kaum Cina kepada gabungan itu.