MACHANG: Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul tidak didorong oleh mana-mana pihak, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Menteri Pertahanan itu sebaliknya menjelaskan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh membuat keputusan sendiri berdasarkan kuasa yang dimilikinya, selain institusi Parlimen tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Pembangkang berhak menyuarakan pandangan mereka, tetapi pada masa sama perlu memahami keputusan yang dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Bersatu yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Machang 2024 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini malam tadi.
Khamis lepas Johari memaklumkan keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen bekas ahli Bersatu selepas mengkaji semua perkara dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Ketua Whip Bersatu Datuk Seri Ronald Kiandee melalui sepucuk surat bertarikh 9 Julai.
Pada 20 Jun lepas, Bersatu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan.
Notis itu dikemukakan berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan, iaitu seseorang ahli Dewan Rakyat hendaklah terhenti menjadi ahli Dewan dan kerusinya menjadi kosong apabila tidak lagi menjadi anggota parti politik.
Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Mohamed Khaled ketika ditemui pemberita selepas selesai lawatan rasmi beliau ke Turkiye selama lima hari sejak Ahad lalu di sebuah hotel hari ini. - Foto Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Kedudukan enam bekas Ahli Parlimen Bersatu: Keputusan Speaker berdasarkan Perlembagaan - PM Anwar
Beliau juga minta Muhyiddin baca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh.

"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.

Keputusan pengosongan kerusi Ahli Parlimen Bersatu di tangan Speaker Dewan Rakyat - Penganalisis
Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan jelas memberi kuasa kepada Speaker untuk membuat keputusan mengikut budi bicaranya, kata Nik Ahmad Kamal.

6 MP Bersatu nyata pendirian dalam sidang akhbar esok
Enam Ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian mereka dijadualkan mengadakan sidang akhbar khas pada Ahad.

Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.

Desakan letak jawatan ganggu tugas wakil rakyat - Syed Abu Hussin
Desakan agar enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan dilihat sebagai mengganggu tugas wakil rakyat.

Dua Ahli Parlimen Bersatu bakal berdepan tindakan undang-undang
Bersatu sedang meneliti dan mengumpul bukti bagi membolehkan tindakan perundangan diambil terhadap Zahari Kechik dan Mohd Azizi Abu Naim.

'Katak-katak politik tetap melompat, guna istilah lain' - Dr Akmal
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta menilai semula tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan.

Menteri Pendidikan baharu dari kalangan Ahli Parlimen Bersatu - PM
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pemilihan bakal Menteri Pendidikan baharu yang akan dilantik adalah dari kalangan ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).