MASJID TANAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini masih berjalan seperti biasa.
Mengakui kecewa dengan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah dengan kepimpinannya, seharusnya setiap rasa tidak puas hati perlu dibawa berunding.
“Buat masa ini (kerajaan negeri) masih berjalan seperti biasa. Sebagai ahli parti sudah pasti saya kecewa kerana rasanya benda ini boleh runding.
“Itu orang yang mendapat nikmat dalam parti selama ini, kalau ada apa-apa, saya terbuka, malah pembangkang juga saya sudah hulur kan tangan, saya panggil sebagai sahabat-sahabat strategik. Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu saya cakap,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Hari ini, empat ADUN iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari dilaporkan berkata, pihaknya akan segera mengadakan pertemuan dengan Tun Mohd Ali bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Oct 04 2021

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menegaskan kerajaan negeri di bawah pimpinannya kini masih berjalan seperti biasa.- Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.