KOTA BHARU: Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebuah kerajaan yang stabil hasil dukungan semua pihak termasuk pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Justeru, beliau berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.
"Kerajaan ini adalah kerajaan yang paling stabil, di luar sana (ramai) tidak memahami bahawa kerajaan ini adalah kerajaan yang didukung oleh bersama pembangkang.
"Kerajaan ini boleh mendapat dua pertiga sokongan (melibatkan) kepentingan rakyat, buktinya kita telah pinda perlembagaan dan akan ada lagi mungkin pindaan perlembagaan yang dibuat secara bersama," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perjumpaan Khas Bersama Warga Jabatan Penerangan Kelantan hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan stabil, Perdana Menteri mahu terus melaksanakan lebih banyak agenda melibatkan kepentingan rakyat.
"Tetapi cuba digambarkan kerajaan ini tidak stabil, kerajaan ini kena bubar, kerajaan ini kena (adakan) pilihan raya dan sebagainya sedangkan ini dua dunia berbeza.
"Ini adalah sebuah kerajaan yang stabil, jangan bercakap soal parti, saya bercakap ini soal kerajaan jadi kerajaan ini boleh terus kekal, cukup sokongan, ada dua pertiga dan jangan lupa kerajaan ini turut ditadbir berasaskan MoU (memorandum persefahaman) tentang kestabilan dan transformasi yang telah ditandatangani di antara kerajaan dengan PH (Pakatan Harapan)," katanya.
Annuar, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, berkata selain disokong oleh PH, ada beberapa parti di luar pakatan tersebut juga telah menyatakan sokongan terhadap kerajaan.
"Berkenaan MoU kerajaan dan pembangkang, hendaklah difahami dalam MoU itu telah jelas menyebut secara hitam putih bahawasanya MoU itu berkuat kuasa daripada tarikh tandatangan sehingga Parlimen ke-14 dibubarkan.
"Di luar sana masih banyak yang tak faham, kata perbaharui, kata nak buat MoU 2.0, kata jangan buat dan sebagainya yang sebenarnya tidak berbangkit. Persefahaman antara kerajaan dan PH selagi mana kedua-dua pihak tidak mengubah pendirian yang tertulis dalam MoU maka kandungan dalam MoU itu akan terus berkuat kuasa dan mengikat kedua-dua pihak kerajaan dan PH," katanya.
Ketika ditanya sama ada kerajaan pimpinan Perdana Menteri perlu tunduk dengan desakan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen bagi membolehkan PRU15 dilaksanakan, Annuar berkata pilihan raya umum sebelum ini bukan dibuat berdasarkan desakan.
"Kabinet kena buat keputusan, kalau rasa dapat mandat serta rasa dah cukup masa nak bubar, Kabinet serta Perdana Menteri cuma boleh menasihatkan namun Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mutlak.
"Setakat ini, Yang di-Pertuan Agong titah kita (kerajaan) suruh kerja, Yang di-Pertuan Agong tidak titah kita (kerajaan) suruh 'politiking' malah baginda sebut kurangkan 'politiking.' Kerajaan ini akan junjung titah Yang di-Pertuan Agong," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Annuar berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.