LANGKAWI: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa kenyataannya yang menyifatkan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah Malaysia adalah bersandarkan 'kerosakan' yang dilakukan pemimpin terbabit dalam menerajui kerajaan.
Dr Mahathir mendakwa antara kerosakan dilakukan Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu adalah menjadikan kerajaan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang bergantung kepada amalan rasuah selain mengamalkan politik wang dalam meraih sokongan individu tertentu.
Beliau turut menyatakan bahawa Najib juga menjadi individu yang telah menghancurkan parti UMNO selain menjadi penyebab utama dalam kekalahan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU-14).
"Najib (telah) hancurkan parti (UMNO), parti yang dulu saya jadi Presiden, yang ditubuhkan (sebelum itu) oleh bapanya, dia yang menjahanamkan (UMNO).
"Oleh kerana nak ambil duit hendak beli orang, kerajaan Malaysia pun rosak kerana Najib.
"Dia (membawa kerajaan ketika ini) menjadi satu kerajaan yang bergantung kepada rasuah.
"Kekalahan BN (pada PRU-14 juga) disebabkan oleh Najib, pasal dia (wujud) dengan BN (dan) dia jadi ketua (Pengerusi) BN dalam pilihan raya dan orang semua nak tolak Najib, (jadi mereka) kena tolak BN.
Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih, di Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi pada Jumaat.
Selasa lalu, bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini.
Menerusi laporan MalaysiaNow, Dr Mahathir turut mendakwa bahawa mana-mana kerajaan yang dianggotai oleh Ahli Parlimen Pekan itu akan menjadi teruk.
Menurutnya, Najib turut diketahui sebagai seorang penjenayah yang terlibat dengan pengubahan wang haram dan mencuri wang.
Dalam pada itu, Najib menerusi kenyataan balas kepada kritikan berkenaan menyatakan bahawa beliau dianggap teruk bagi kumpulan tertentu dan kroni mereka.
Beliau turut menyenaraikan pelbagai usaha yang telah dilakukan sepanjang pentadbirannya dalam meringankan beban rakyat dan memajukan ekonomi negara termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku, Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), serta bantuan kepada nelayan.
Abdul Hadi Che Awang
Sat Apr 17 2021

DR MAHATHIR: Najib (telah) hancurkan parti (UMNO), parti yang dulu saya jadi Presiden, yang ditubuhkan (sebelum itu) oleh bapanya, dia yang menjahanamkan (UMNO). -Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.

Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Tun M cari RM3 bilion belakang TV, bawah katil
Menerusi video berdurasi 1 minit 26 saat, Dr Mahathir dilihat mencari wang yang didakwa berjumlah RM3 bilion itu di pelbagai sudut.

Dr Mahathir gagal mohon diwakili peguam kes RCI Batu Putih
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas menolak permohonan Dr Mahathir.

'Sebagai respon kepada kenyataan Tun M, saya dengan tegas menafikannya'
Kamaluddin berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian atau melakukan perkara seperti didakwa Mahathir.

Zahid peroleh kebenaran mula prosiding komital terhadap Tun Dr Mahathir
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendapat kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Batu Puteh: NGO buat laporan polis terhadap Dr Mahathir
SGGMSR bersama wakil daripada 20 NGO membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes Batu Puteh.

Batu Puteh: Itu mesyuarat Kabinet pertama kami, hanya ikut 'keputusan' Tun M - Loke
Loke mempertahankan pendirian bahawa Dr Mahathir membuat keputusan mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.

Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.

Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.