SEREMBAN: DAP kekal dengan pendirian untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan UMNO ketika ini.
Sebaliknya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu hanya bersedia menerima kerjasama UMNO sekiranya parti Melayu itu mahu menyokong pembukaan semula Parlimen.
Jelas beliau, Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) telah pun mengambil pendekatan “Khemah Besar” bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik mereka bagi memulihkan demokrasi negara.
"Di sini kita ingin tekankan tentang isu memulihkan Parlimen. Sungguh pun kita sedia bekerjasama tetapi saya ingin tekankan di sini DAP tiada kerjasama politik dengan UMNO.
"Kita boleh bekerjasama UMNO kalau mereka (UMNO) hendak sokong usaha untuk membuka balik Parlimen, tiada masalah tetapi tidak ada kerjasama politik dengan UMNO khususnya kleptokrat.
"Ini adalah pendirian parti DAP, dan untuk membolehkan Parlimen dibuka semula kita akan kumpulkan semua tandatangan ahli Parlimen, termasuk daripada pihak kerajaan tidak kira apa-apa parti.
"Kalau mereka semua boleh sokong Parlimen dibuka, kita boleh tandatangan. Kita akan hantar memorandum dan kita merayu kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya menitahkan membuka semula Parlimen," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan penggal ke-19 di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan; Pengerusi Amanah Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abd Rahman.
BACA: Pembukaan Parlimen: PH ambil pendekatan 'Khemah Besar', serah memorandum kepada Agong
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata persidangan Parlimen perlu dibuka segera bagi membincangkan isu rakyat dan keadaan semasa negara.
Guan Eng turut menempelak tindakan kerajaan yang membenarkan beberapa sektor dibuka semula termasuk sekolah dan stadium, namun gagal membuka Parlimen.
"Seramai 220 ahli Parlinen telah pun menjalani vaksinasi tetapi jalani vaksinasi tak boleh bermesyuarat. Apa guna mereka diberikan suntikan vaksinasi.
"Hari ini saya berasa sangat bangga bahawa kita adakan Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan seramai lebih 600 wakil, tahniah dan syabas kepada DAP Negeri Sembilan.
"Seramai 600 wakil boleh hadir bermesyuarat, 220 ahli Parlimen tidak boleh bermesyuarat. Nampaknya DAP Negeri Sembilan lebih layak jadi kerajaan daripada Perikatan Nasional," sindirnya.
Dalam perkembangan sama, Guan Eng berkata ketika ini negara memerlukan sebuah kerajaan yang menghormati keperlbagaian merangkumi semua dan menyatu padukan rakyat dalam usaha untuk melawan pandemik COVID-19.
Bagi pemilihan jawatankuasa peringkat Negeri Sembilan, seramai 44 calon tersenarai untuk dipilih mengisi 15 jawatan berkenaan.
Daripada 44 calon, seramai lima calon adalah wanita.
Konvensyen Biasa Negeri berlangsung mengikut jadual bermula 14 Mac hingga 5 Jun ini.
Hasimi Muhamad
Sun Apr 11 2021

DAP kekal dengan pendirian untuk tidak menjalin sebarang kerjasama politik dengan UMNO. - Gambar fail/BERNAMA
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.

Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.

Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.