KUALA NERUS: Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali teguh dengan pendiriannya dan menegaskan tidak akan menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas, baru-baru ini.
Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, ramai rakan dalam Pas memberi pandangan termasuk memujuknya kembali kepada parti.
Namun buat masa ini, beliau tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri.
"Saya tegaskan saya tidak akan masuk UMNO.
"Ya, biasalah dalam keadaan begini memang ramai yang datang, beri pandangan bertanya khbar tapi saya ada prinsip sendiri saya akan umumkan nanti iaitu bergerak ke hadapan selepas istikharah berbincang dengan kawan saya akan umumkan," katanya.
Isnin lalu Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.
BACA: Khairuddin, perincikan dakwaan Pas tidak amal 'budaya politik matang sejahtera' - Takiyuddin
BACA:
Khairuddin Aman Razali umum keluar Pas
Sementara itu Mohd Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan perasaan kecil hati dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana Islam mengajak sesama manusia terus berukhwah.
Katanya, hubungan kekal seperti biasa sebagai bekas anak murid kepada murabbi.
Nur Fazlizai Ali
Sun Mar 20 2022

Buat masa ini, Mohd Khairuddin tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri. - Foto fail

Video promosi VM2026 dikemas kini setiap suku tahun
Video promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) akan dikemas kini setiap suku tahun bagi memastikan ia relevan dengan tarikan pelancongan terkini di seluruh negara.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Penghuni pulau di Australia dipindahkan akibat Siklon Tropika Alfred
Penduduk dan pelancong di sebuah pulau di luar pantai timur laut Australia akan mula dipindahkan ke tanah besar susulan ancaman yang ditimbulkan oleh Siklon Tropika Alfred, lapor Xinhua.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.
Seniman jalanan dicadang pakai batik, Jadikan sebagai anak angkat DBKL
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan seniman jalanan dijadikan sebagai anak angkat kepada DBKL dan memperkenalkan pakaian batik sebagai identiti mereka.
Seniman jalanan diharap tidak hanya main lagu 'tangkap leleh'
Kerajaan berharap seniman jalanan khususnya di ibu negara supaya tidak hanay memainkan lagu-lagu jiwang atau tangkap leleh sahaja.

Polis siasat ibu ayah Hud Aryan
Polis Kelantan melakukan siasatan lanjut terhadap ibu ayah Hud Aryan Mohd Nor Hafifi berusia 19 bulan yang ditemukan meninggal dunia tersangkut pada pokok di tepi sungai.
Kilang proses minyak sawit tidak berlesen diserbu
Sebuah kilang dipercayai memproses minyak sawit tidak berlesen di Taman Pasir Putih, Pasir Gudang diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor, pada Rabu.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

Penularan ajaran sesat: Perlu tindakan tegas, elak insiden bom jangka
Kerajaan disaran bertindak tegas terhadap rangkaian sebuah syarikat yang didakwa menghidupkan semula ajaran sesat kerana doktrin itu dilihat sebagai 'bom jangka' kepada negara.

PRN: Jaga akhlak ketika perjuang politik Islam - Khairuddin
"Sekiranya pejuang Islam gagal berakhlak mulia, kepada apakah mereka berdakwah dan mereka perjuangkan?" soal Mohd Khairuddin Aman Razali.

PRN: Khairuddin nafi bakal calon MB Terengganu
Menurutnya, fokus utama beliau pada pilihan raya kali ini adalah untuk membantu calon UMNO dan BN bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti itu.

PM Anwar lancar DPTN 2.0 esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual melancarkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 pada Majlis Himpunan 23K Huffaz yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok.

Umat Islam tak wajar terlibat penerbitan filem bertentangan akidah - Khairuddin
Kenyataan itu merujuk kepada filem 'Mentega Terbang' yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

Khairuddin minta PN henti 'bernostalgia'
Katanya, PN hanya mendapat 73 kerusi dan jumlahnya jauh untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan.

PRU15: Tidak wujud 'Little Napoleon' dalam Pas - Mohd Syahir
Katanya, ia berdasarkan tindak tanduk Abdul Hadi yang tidak pernah membuat keputusan menggunakan kuasa veto.

PRU15: Khairuddin bertanding atas tiket BN kerana mahu perkasa Muafakat Nasional
Khairuddin konsisten perjuang muafakat antara UMNO dan Pas bagi menghalang kemaraan Pakatan Harapan daripada berkuasa.

PRU15: Khairuddin, Che Abdullah sah bertanding atas tiket BN
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Datuk Che Abdullah Mat Mawi sah bakal bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

UMNO Terengganu tidak pernah namakan Khairuddin sebagai calon - Ahmad Said
Ahmad Said berkata tiada sebarang rundingan dilakukan berhubung perkara tersebut.