Ringkasan AI
- Khidmat kepada rakyat di Parlimen Petaling Jaya akan diteruskan walaupun Wong Chen meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
- Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, menyatakan keputusan Wong Chen untuk tidak menghadiri program parti perlu dihormati.
- Beberapa pihak seperti ketua cabang, ADUN dan ahli majlis akan membantu menguruskan keperluan rakyat di kawasan tersebut.
SHAH ALAM: Khidmat kepada rakyat di Parlimen Petaling Jaya akan terus diberikan meskipun Ahli Parlimennya, Wong Chen meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Isnin lalu.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Fahmi Fadzil berkata keputusan Wong Chen untuk tidak menghadiri program parti, termasuk Kongres PKR di Melaka baru-baru ini, perlu dihormati.
“Memang benar, beliau telah lama tidak menghadiri apa-apa mesyuarat parti, apa-apa program parti termasuk kongres baru-baru ini di Melaka dan itu pilihan beliau. Kita hormati pilihan beliau.
"Tapi seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata yang juga merupakan PKR, khidmat kepada rakyat terutamanya di Parlimen Petaling Jaya akan diteruskan” katanya ketika diminta mengulas perkembangan berkaitan kedudukan Wong Chen dalam PKR.
Menurut Fahmi, terdapat beberapa pihak termasuk ketua cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta ahli majlis yang boleh membantu menguruskan keperluan dan permohonan rakyat di kawasan berkenaan.
“Kita ada ketua cabang, kita ada ADUN, kita ada ahli majlis yang akan membantu untuk pastikan apa-apa permohonan termasuk untuk sumbangan dan sebagainya boleh diuruskan oleh pihak ICU Selangor.
“Jadi ada beberapa, sama ada ADUN ataupun di pihak cabang yang akan membantu untuk menguruskan perkara itu.
“Jadi, good luck to him,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Wong Chen yang juga Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada 5 Ogos lalu.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah perkhidmatan kepada rakyat di Parlimen Petaling Jaya akan terjejas selepas peletakan jawatan Wong Chen?
A: Tidak, perkhidmatan kepada rakyat di Parlimen Petaling Jaya akan terus diberikan walaupun Wong Chen telah meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat. - Q: Siapakah yang akan membantu menguruskan keperluan rakyat di Parlimen Petaling Jaya selepas peletakan jawatan Wong Chen?
A: Ketua cabang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dan ahli majlis akan membantu menguruskan keperluan serta permohonan rakyat di kawasan tersebut. - Q: Bilakah Wong Chen menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Rakyat?
A: Wong Chen menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, pada 5 Ogos lalu. - Q: Apakah alasan Wong Chen tidak menghadiri program parti termasuk Kongres PKR di Melaka?
A: Wong Chen memilih untuk tidak menghadiri mesyuarat dan program parti, termasuk Kongres PKR di Melaka, dan keputusan itu dihormati oleh parti. - Q: Siapakah yang menegaskan bahawa khidmat kepada rakyat di Parlimen Petaling Jaya akan diteruskan?
A: Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil, menegaskan bahawa khidmat kepada rakyat akan diteruskan, selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.