DALAM sejarah pilihan raya, terutama sebelum negara merdeka, Melaka merupakan antara negeri yang pernah mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, sekali gus mendedahkan rakyat kepada pilihan raya demokrasi.
Pada hari ini, Melaka, tanpa diduga, buat julung kali, akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut.
Mengikut lipatan sejarah, Melaka merupakan negeri kedua di Semenanjung mengadakan pilihan raya mengejut selain Kelantan yang telah mengadakannya pada tahun 1978 susulan pengisytiran darurat di penghujung tahun sebelumnya.
Lebih mengejutkan, PRN mengejut melibatkan Melaka ini berlangsung ketika tumpuan negara memfokus kepada krisis politik di negeri jirannya, Negeri Sembilan yang muncul semula selepas reda buat seketika.
Ramai telah menjangkakan bahawa krisis politik di Negeri Sembilan yang akan membawa kepada pilihan raya mengejut.
Bagaimanapun, ia telah diselesaikan buat masa sekarang, termasuk ekoran pertimbangan berkaitan dengan pandemik COVID-19.
Beberapa persoalan turut menyusul ekoran perkembangan yang melibatkan Melaka, yang terdiri daripada enam kerusi Parlimen dan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, pilihan raya, yang tarikhnya telah diputuskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), akan berlangsung pada 28 November ini dengan kos sekitar RM46 juta.
Peruntukan diumumkan SPR ini hanya melibatkan peruntukan di pihak suruhanjaya itu.
Ia tidak melibatkan perbelanjaan pilihan raya yang turut akan melibatkan agensi-agensi lain, termasuk parti-parti politik dan calon secara langsung dan secara tidak langsung.
Bermakna jumlah sebenar wang yang bakal digunakan, dilabur dan dibelanjakan dalam PRN Melaka akan melibatkan jumlah yang lebih besar. Kos pilihan raya hanya satu aspek.
Sementara banyak pihak mengetengahkan kebimbangan mengenai impak COVID-19 yang belum reda, meskipun kerajaan telah membenarkan rentas negeri, bagaimana pula dengan kedudukan PRN-12 Sarawak?
Darurat melibatkan DUN Sarawak yang dilanjutkan dijadual hanya akan berakhir pada 2 Februari 2022. DUN telah terbubar dengan sendiri pada Jun lalu.
Pada awal tahun ini, susulan perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak Januari lalu telah membawa kepada penangguhan PRN-12 Sarawak sehingga Ogos dan kemudian dilanjutkan sehingga Februari 2022.
Kini spekulasi semakin kuat bahawa PRN-12 akan diadakan tidak lama. PRN itu kemungkinan dipercepatkan dengan membatalkan perintah darurat yang masih dikuatkuasakan.
Bermakna, sebahagian daripada spekulasi itu adalah PRN-12 Sarawak akan diadakan lebih awal, serentak bersama PRN Melaka akhir bulan depan.
Pada masa yang sama, nasib pilihan raya kecil melibatkan empat kerusi iaitu Batu Sapi (Sabah), Gerik (Perak), Bugaya (Sabah) dan Melor (Kelantan) masih belum diketahui status.
Apakah pilihan raya kecil melibatkan kesemua empat kerusi ini bakal diadakan tidak lama lagi sebagaimana telah dimaklumkan bahawa kesemua akan diadakan sebaik sahaja pandemik COVID-19 reda.
Apakah pilihan raya negeri mengejut Melaka turut memberi impak ke atas bakal tarikh PRN-12 Sarawak?
Tanggapan ini kemungkinan ada kebenaran meskipun sebelum ini antara pertimbangan yang diketengahkan, termasuklah pilihan raya akan diadakan apabila imuniti kelompok mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
PRN-12 Sarawak jika dipanggil sekarang juga menjadi 'kejutan' dan pada masa yang sama juga satu 'dilema'. Ini kerana sesetengah pihak berpandangan bahawa penangguhan semasa perlu dikekalkan sehingga awal tahun depan bagi terus menstabilkan impak krisis kesihatan semasa akibat COVID-19.
Pada masa yang sama, beberapa pihak beranggapan PRN Melaka wajar ditangguhkan bagi mengelakkan senario kesihatan buruk yang pernah dialami ekoran PRN Sabah pada September tahun lalu, yang turut diadakan secara mengejut pada tahun lalu.
Nampaknya kita berada dalam dilema, khusus dalam menghadapi cabaran pengurusan COVID-19 yang tidak pernah disaksikan. Meneruskan PRN Melaka dan kekal tangguh PRN-12 Sarawak, atau mengadakan kedua-duanya, sama ada secara serentak atau secara berasingan.
Pilihan kita terhad jika dilihat dari perspekif pilihan raya demokrasi. Begitu juga dengan pilihan raya kecil melibatkan empat kerusi.
Kita akan ada jawapan kepada soalan-soalan ini tidak lama lagi sementara kita mempertahankan semangat demokrasi tetapi pada masa yang sama kita bertanggungjawab menjaga kesihatan rakyat.
* Dr G Manimaran merupakan pengamal media dan penulis buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang & Tadbir
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
G Manimaran
Thu Oct 21 2021
![[KOLUMNIS] Dilema dan pilihan di sebalik PRN mengejut Melaka [KOLUMNIS] Dilema dan pilihan di sebalik PRN mengejut Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616579046_950x600.jpg)
Apakah pilihan raya negeri mengejut Melaka turut memberi impak ke atas bakal tarikh PRN-12 Sarawak? - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam [KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739925967_TBgenerikdeejayrad.jpg)
[KOLUMNIS] Suara emas juruhebah radio semakin tenggelam
Juruhebah radio tidak lagi dipilih dalam kalangan individu yang berilmu pengetahuan, bakat celoteh yang bijak dan mutu kawalan suara yang terbaik.
![[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali [KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737429573_KanserServik.jpg)
[KOLUMNIS] Kanser serviks: Golongan emas tidak terkecuali
Kanser serviks bermula apabila pangkal rahim dijangkiti secara berterusan oleh virus human papilloma atau HPV.
![[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik [KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734494383_mahasiswa.jpg)
[KOLUMNIS] Mahasiswa perlu bingkas cabar potensi sebenar, garap idea terbaik
Kepemimpinan dalam kalangan mahasiswa memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.
![[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan [KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731142149_tbMALBATT.jpg)
[KOLUMNIS] Fungsi Malbatt dalam misi pengaman di Lubnan
Dari menjaga keamanan dan kestabilan hingga melaksanakan tugas kemanusiaan, pasukan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membantu memulihkan kawasan yang terjejas oleh konflik.
![[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik [KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733197724_TBKhaledNordin.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama pertahanan Malaysia-Kuwait perkukuh hubungan strategik
Lawatan Menteri Pertahanan ke Kuwait Oktober lalu tawar Malaysia peluang belajar pengalaman dan strategi pertahanan negara itu.
![[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM [KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732850991_KhaledNordinFahmi.jpg)
[KOLUMNIS] Akses kepada maklumat: Keperluan kritikal melengkapkan ekosistem kebajikan warga ATM
Akses Internet yang lebih baik akan membuka lebih banyak ruang untuk perkembangan diri dan peningkatan motivasi anggota tentera.
![[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan [KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732842134_tbAhmadZahidHamidi.jpg)
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
![[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita [KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706453700_TBGazaPalestine.jpg)
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
![[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024) [KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730943757_GlobalPeaceMission.jpg)
[KOLUMNIS] Menginsafi 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis (7 Nov 1918 - 7 Nov 2024)
Sempena 106 tahun Deklarasi Anglo-Perancis, GPM Malaysia menyeru seluruh umat Islam agar mengambil ibrah daripada sejarah yang berlaku.