KUCHING: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mencadangkan pindaan terhadap dua perkara yang diperuntukkan dalam perlembagaan bagi memastikan penyertaan menyeluruh perwakilan termasuk sebagai calon pilihan raya.
Ketuanya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata ia melibatkan Artikel 14 dan Artikel 23 Perlembagaan dan Peraturan Pergerakan Wanita PBB.
“Artikel 14, agar tidak kurang daripada lima orang ahli Majlis Tertinggi Induk hendaklah dilantik daripada kalangan ahli Majlis Tertinggi Wanita mengikut turutan struktur hieraki dan ini tidak termasuk lantikan Ketua Wanita sebagai Naib Yang Di Pertua secara automatik di bawah perlembagaan sedia ada.
Bilangan itu katanya tidak termasuk wanita yang menjadi ahli majlis tertinggi melalui kemenangan dalam pemilihan yang dijalankan.
Antara lain, pindaan dan penambahbaikan kepada Artikel 23 Perlembagaan Parti bagi mencerminkan peranan Pergerakan Wanita yang turut merangkumi bidang politik, kepimpinan, ekonomi, pendidikan, kesihatan, digital, budaya dan sosial.
Kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti itu ia sesuai dengan cabaran baharu dan keperluan menjadikan Pergerakan Wanita PBB lebih relevan dengan perjuangan serta agenda pembangunan semasa.
Dalam pada itu, Fatimah turut menyuarakan agar lebih ramai wanita muda berusia antara 29 hingga 40 tahun untuk menyertai pergerakan tersebut bagi membolehkan golongan itu berada dalam kedudukan penting.
“Kami mencadangkan agar perlembagaan dipinda bagi membolehkan wanita muda berada dalam kedudukan kepimpinan penting dengan mewajibkan tempat bagi mereka di peringkat majlis tertinggi wanita tidak kurang daripada empat anggota wanita muda, di peringkat Cawangan dan Ranting masing-masing tidak kurang dari dua anggota,” katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya sempena pembukaan persidangan Pergerakan Wanita PBB, beliau mahu lebih ramai wanita dipilih sebagai calon pilihan raya negeri dan persekutuan di samping beberapa jawatan penting serta pembuat keputusan.
Untuk rekod, setakat ini hanya empat wakil wanita PBB dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Shafik Ahmad
Fri Jun 17 2022

Fatimah mahu lebih ramai wanita dipilih sebagai calon pilihan raya negeri dan persekutuan selain dilantik beberapa jawatan penting. - Foto Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Konvensyen PBB: Usul Khas pinda 15 perkara perlembagaan parti diluluskan
Antara pindaan utama termasuk penubuhan sayap Pergerakan Belia PBB melibatkan Artikel 23A selepas Artikel 23 Perlembagaan Parti.

Konvensyen PBB: Nanta Linggi kekal setiausaha agung parti hingga 2025
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kembali menggalas peranan sebagai Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi tempoh 2022 - 2025.

Konvensyen PBB: Fatimah cadang pinda Perlembagaan, beri peluang sama rata kepada wanita
Fatimah Abdullah menyuarakan agar lebih ramai wanita muda berusia antara 29 hingga 40 tahun menyertai Pergerakan Wanita PBB bagi membolehkan golongan itu berada dalam kedudukan penting.

PBB: Fokus agenda makmurkan Sarawak selepas menang besar PRN
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengadakan Perhimpunan Agung Tritahunannya ke-15 pada Sabtu, melibatkan seramai 2,420 delegasi.

Peningkatan ketegangan di Laut China Selatan hakis kepercayaan, keyakinan
Menteri luar ASEAN berkata situasi itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, meningkatkan ketegangan dan boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini.