KUALA LUMPUR: Perpecahan dalaman UMNO dilihat sebagai antara punca kemelut politik yang melanda Melaka ketika ini.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Mohd Tawfik Yaakub berpandangan beberapa formula perlu dilaksanakan bagi memastikan kemelut sebegitu tidak berulang.
"Bukan sahaja dua, lebih daripada dua ekor 'singa' yang ada di negeri Melaka. Ini yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.
"Kita tidak mahu perpecahan dalaman UMNO Melaka merebak ke negeri-negeri lain dan akhirnya menyebabkan sebuah kerajaan yang dikatakan stabil akhirnya terpaksa tumbang kerana penarikan diri daripada ADUN UMNO itu sendiri daripada kerajaan Melaka," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan ADUN Sungai Udang, Datuk Seri idris Haron yang menyifatkan Melaka kini mempunyai 'dua singa di atas satu gunung'.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: 'Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung' - Idris Haron
Jelas Mohd Tawfik, apa yang berlaku di Melaka ketika ini adalah pengajaran kepada UMNO untuk menyegerakan pemilihan parti.
"Saya melihat apa yang berlaku di Melaka hari ini adalah satu pengajaran besar kepada UMNO untuk segerakan pemilihan parti.
"Kita perlu lihat apakah formula yang perlu disegerakan sama ada pemilihan UMNO, pilihan raya negeri atau pilihan raya umum," katanya.
Jelasnya, tiba masa untuk mengembalikan mandat kepada rakyat lantaran negara hampir mencapai 90 peratus vaksinasi COVID-19.
Ujarnya, rakyat tidak seharusnya dibiarkan bingung dengan perubahan dan ketidakstabilan politik berpanjangan yang akhirnya menyusahkan kehidupan rakyat.
Teka-teki ‘gelora’ politik Melaka terjawab hari ini apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan mengumumkan hilang kepercayaan dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Suleiman Md Ali.
Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 04 2021
![Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633342051_TBUMNOCRACKjpg.jpg)
Jelas Mohd Tawfik, apa yang berlaku di Melaka ketika ini adalah pengajaran kepada UMNO untuk menyegerakan pemilihan parti.
PM puji kejayaan Turkish Airlines, seru Malaysia ikut jejak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas keyakinan dan kepercayaan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk terus mengendalikan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISGA).
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
Menurutnya lagi, Malaysia perlu belajar bagaimana transformasi lapangan terbang di Turkiye dan Turkish Airlines berjaya menjadi lebih efisien dan semakin mendapat perhatian dunia.
![Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739258164_AnwarErdoganPutr.jpg)
Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.
Filem 'Abang Adik' terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, filem arahan Jin Ong telah menarik perhatian pada festival filem antarabangsa sejak 2023 dengan membawa pulang 28 anugerah antarabangsa.
Pembubaran DOJ tidak jejas proses pemulihan aset
Pembubaran DOJ tidak menjejaskan usaha berterusan Malaysia dalam pemulihan aset 1MDB.
![FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251240_JohnFKennedy.jpg)
FBI temui ribuan dokumen rahsia berkaitan pembunuhan John F Kennedy
BIRO Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan ribuan dokumen yang sebelum ini tidak pernah didedahkan berkaitan pembunuhan bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy (JFK).
Indeks Persepsi Rasuah 2024: Malaysia kekal di kedudukan ke-57
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
Malaysia-Turkiye sasar lonjakan perdagangan melebihi AS$5 hingga AS$10 bilion – PM Anwar
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mencadangkan penambahan nilai perdagangan dan pelaburan melebihi AS$5 ke AS$10 bilion.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
Jelasnya tiada sebab mengapa kedua-dua negara tidak boleh meningkatkan manfaat perdagangan dalam pelbagai bidang seperti semikonduktor, agrikomoditi, elektrik dan elektronik serta pertahanan.
AWANI Ringkas: Pemulihan aset 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739256133_SPRM.jpg)
SPRM reman ketua balai bomba di Perlis berhubung tuntutan palsu
Seorang ketua balai bomba di Perlis direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu.
![Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739252440_pemilikmanchesteru.jpg)
Pemilik Manchester United disaman New Zealand Rugby
All Blacks menuduh gergasi petrokimia itu enggan membayar ansuran bagi perjanjian enam tahun dan cuba 'berhenti tiga tahun lebih awal'.
![Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51633342051_TBUMNOCRACKjpg.jpg)
Lebih 2 'singa' di Melaka, perpecahan dalaman UMNO jadi punca
Bukan sahaja dua, lebih daripada dua ekor 'singa' yang ada di negeri Melaka. Ini yang perlu diselesaikan dengan kadar segera.
![Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya... Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611324669_mashup.jpg)
Punca sebenar perpecahan dalam UMNO, ini dikatakan kisah di sebaliknya...
Terdapat usaha jelas kelompok dalam UMNO untuk memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu, dan jalin kerjasama dengan Anwar dan DAP.