Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menjelaskan tindakannya berdiri lebih sejam depan pagar kediaman Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam hanyalah untuk mendapat penjelasan Menteri Besar Perak itu.
Jelas ADUN Titi Serong itu, beliau mahu tahu dari mulut Ahmad Faizal sendiri mengenai pendiriannya tentang kedudukan kerajaan negeri Perak ketika ini.
“Kenapa saya berdiri di depan rumah Menteri Besar semalam? Dari 2.30 petang sehingga 3.45 petang saya berdiri depan rumah Datuk Seri MB. Semata-mata untuk mendapatkan pandangan dan pendirian beliau tentang kerajaan Perak terkini.
"Ada yang cakap, apalah YB Hasnul berjam-jam berjemur tengah panas nak jumpa MB. Awok dulu bereformasi tengah panas, tiada masalah. Yang pentingnya, membawa suara rakyat, kita nak dengar dari MB," katanya semasa Program Sembang Santai @Tengku Hussein di sini pada Selasa.
BACA: Exco Perak, Hasnul menangis teresak-esak tinggalkan pejabat
Walaupun tidak dibenarkan berjumpa Ahmad Faizal, Hasnul berpuas hati kerana Menteri Besar itu menghubunginya semula apabila pulang ke rumah.
Dakwanya, Ahmad Faizal mengakui masih mahu bersama rakyat yang memilih Pakatan Harapan.
"Yang penting tidak kira siapa YB, yang kita nak bicarakan ialah keresahan rakyat. Yang miskin kita ingin bantu. Ini yang kita dengar dari MB.
"Alhamdulillah saya dihubungi (beliau) selepas saya balik. Dia cakap, Hasnul saya tahu awak di luar pagar, menunggu untuk jumpa saya. Tetapi saya ini tidak berkemampuan lagi kerana agak sukar untuk memberi jawapan. Tetapi hati saya ini tetap bersama rakyat yang memilih kerajaan Pakatan Harapan. Saya balik dalam keadaan lega," tambahnya lagi.
Kata Hasnul, beliau akan berkhidmat dan meneruskan program kerajaan negeri selagi Ahmad Faizal masih tidak membuat apa-apa perubahan dan pengumuman.
"Saya tak marah. Saya faham nak jadi pemimpin ni bukan mudah. Alhamdulillah saya mendapat khabar gembira. Kerajaan ini dapat diteruskan," katanya.
Pada Isnin, Hasnul menangis teresak-esak semasa ditemui di pejabatnya di Bangunan SUK Perak berikutan kemungkinan berlaku perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Beliau kemudian dilihat terus ke kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh dan menunggu lebih sejam dalam cuaca panas terik untuk berjumpa dengan Ahmad Faizal.
Namun, exco negeri itu tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas dan menyebabkan beliau pulang tidak lama kemudian.
Gambar beliau berdiri di depan pintu pagar berkenaan juga menjadi perbualan hangat di media sosial dan ada kalangan netizen melahirkan rasa kasihan terhadap Hasnul.
Rahimah Abdullah
Tue Mar 03 2020

Jelas Hasnul, beliau mahu tahu dari mulut Ahmad Faizal sendiri mengenai pendiriannya tentang kedudukan kerajaan negeri Perak ketika ini. - Foto Facebook

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

2 ADUN DAP, 1 Amanah Perak isytihar keluar parti
Tiga Adun itu ialah ADUN Tronoh (DAP), Yong Choo Kiong, Adun Titi Serong (Amanah), Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan Adun Buntong (DAP), A.Sivasubramaniam.