KUALA LUMPUR: Selepas beberapa hari bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor, Najwan Halimi digugurkan daripada jawatan susulan rombakan Jawatankuasa AMK Selangor, 13 daripada 21 Ketua-Ketua AMK Cabang Negeri Selangor hari ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan menyatakan hilang kepercayaan terhadap Ketua AMK Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media ringkas pada Khamis.
"Kami mewakili majoriti ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor dengan ini menolak pelantikan Ketua AMK Selangor yang baharu dan secara sebulat suara memutuskan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Akmal Nasrullah Mohd Nasir selaku Ketua AMK Malaysia.
"Majoriti Ketua-Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Selangor telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua AMK Malaysia.
"Kami merujuk kepada kenyataan media oleh Setiausaha AMK Malaysia, Syukri Razab bertarikh 30 Jun 2021 berkaitan pertemuan secara maya bagi membincangkan pemilihan Ketua AMK Negeri Selangor yang baharu," jelas kenyataan itu.
Malah, kenyataan Setiausaha AMK Malaysia bahawa jumlah kehadiran ketua-ketua AMK Cabang seramai 18 orang disifatkan sebagai tidak benar dan mengelirukan.
"Untuk makluman, jumlah Ketua-ketua AMK Cabang dalam Negeri Selangor yang menyertai pertemuan secara maya pada 29 Jun 2021 adalah seramai 15 orang sahaja.
"(Mereka) iaitu dari cabang Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak, Bangi, Tanjong Karang, Kapar, Hulu Selangor, Kota Raja, Petaling Jaya, Selayang, Sabak Bernam, Shah Alam, Pandan, Sungai Buloh dan Sepang.
"Sebanyak enam ketua AMK cabang tidak menyertai pertemuan secara maya tersebut iaitu cabang Puchong, Klang, Damansara, Kuala Selangor, Ampang dan Subang," jelas kenyataan itu lagi.
Malah ditegaskan bahawa Ketua AMK Cabang Sungai Besar telah melepaskan jawatan beberapa minggu yang lalu.
Tambah kenyataan itu lagi, satu Kongres AMK Luar Biasa dituntut diadakan bagi memilih semula Ketua AMK Malaysia yang baharu.
Kenyataan itu diwakil Ketua AMK Cabang Kuala Langat, Puchong, Damansara, Hulu Langat, Bangi, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kota Raja, Klang, Petaling Jaya, Kapar, Gombak dan Ampang.
Pada Isnin, menerusi satu surat yang ditandatangani oleh Setiausaha AMK Ahmad Syukri Che Ab Razab memaklumkan pemecatan pemimpin sayap pemuda PKR itu.
Manakala AMK Selangor dan Perlis pula dibubarkan dan Ahmad Syukri menambah dalam surat itu bahawa Ketua AMK, Akmal Nasir akan melakukan rundingan untuk melantik kepemimpinan baharu di Selangor dan Perlis
Fareez Azman
Thu Jul 01 2021

Satu kenyataan media daripada 13 Ketua Cabang AMK Selangor memaklumkan hilang kepercayaan terhadap Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) pada Khamis. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.

Aktiviti seleweng diesel subsidi nelayan di Sungai Besar tumpas
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi nelayan di sebuah premis di Sungai Besar, Selangor.

BERNAS anjur Program Ikhlas Back To School, agih barang keperluan sekolah
Pengagihan melibatkan 200 murid terpilih dari keluarga kurang berkemampuan dan akan mula bersekolah Tahun Satu bagi sesi Mac 2024/2025.

Bunuh teman wanita: Mahkamah tetap 21 Mac serah rekod telekomunikasi
21 Mac ini ditetap bagi sebutan serahan rekod telekomunikasi telefon bimbit berkaitan kes lelaki didakwa membunuh kekasihnya yang hamil.

Penduduk gempar cahaya hijau terangi langit
Imej itu dirakam seorang pelayar Facebook yang memuat naik gambar fenomena itu di sebuah taman perumahan di sini.

Bunuh kekasih hamil: Peguam mohon tertuduh dirujuk pakar psikiatri
Peguam bela seorang lelaki yang didakwa membunuh kekasih hamil pada Mei lalu memohon Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini, agar anak guamnya dirujuk kepada pakar di hospital psikiatri.

Tikam, bakar teman wanita dengan niat sembunyi kehamilan
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit pada Isnin.

Lima warga Indonesia kendali bot tempatan tanpa dokumen, ditahan
Maritim Malaysia Negeri Selangor menahan lima lelaki warga Indonesia yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas C tanpa kebenaran.

Klinik Desa Kampung Parit Baharu musnah terbakar
Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bangunan setingkat kelas A berkeluasan 100x100 kaki persegi terbakar 70 peratus.

Harga 'ikan rakyat' di Sekinchan, Sungai Besar jauh lebih murah - Jamal
Ramai pengunjung yang ditemui memaklumkan mereka menetap di Lembah Klang dan datang ke pasar awam itu semata-mata ingin mendapatkan ikan segar pada harga murah.