NIBONG TEBAL: Timbalan Ketua Penerangan 1 Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk R. Ramanan berkata masyarakat India tidak akan memilih calon yang bertanding pada pilihan raya dengan hanya melihat kepada warna kulit semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata apa yang penting kepada komuniti itu ialah calon tersebut haruslah berwawasan dan mempunyai keprihatinan tinggi terhadap penduduk setempat.
"Kalau tanya saya, kita komuniti India tidak lihat warna kulit... asalkan calon itu dari parti yang bagus, mempunyai keprihatinan tinggi dan niat yang betul kepada rakyat, itu kita sentiasa sokong," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Bersama Masyarakat India Sungai Bakap hari ini.
Justeru, Ramanan berharap masyarakat India memberikan kemenangan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap 6 Julai ini kerana beliau mempunyai keperibadian merendah diri.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu juga berkata kerajaan telah banyak membantu masyarakat India untuk maju termasuk menyediakan sejumlah peruntukan pembangunan serta perniagaan antaranya melalui MITRA, TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Mengambil contoh peruntukan di bawah Bank Rakyat, Ramanan berkata sejumlah RM50 juta disediakan melalui Skim Pembiayaan Bank Rakyat India Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) bagi memperkasakan ekonomi mereka.
"Jadi sebagai satu pasukan (dalam Kerajaan Perpaduan), kita tidak gentar dan risau dalam soal untuk meraih undi masyarakat India kerana banyak usaha telah dilakukan," katanya.
Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap tindakan sesetengah individu yang menghasut komuniti India menggunakan isu sijil halal dalam permohonan BRIEF-i dan menyifatkan perkara itu dilakukan untuk mewujudkan sentimen perkauman semata-mata.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki India mendakwa gagal mendapatkan pinjaman BRIEF-i bagi perniagaannya kerana tidak mempunyai sijil halal, menyebabkan permohonan beliau ditolak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Ramanan bersama bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin (dua,kiri) yang merupakan calon Perpaduan dari PH bagi Pilihan Raya Kecil N.20 Sungai Bakap di Bandar Tasek Mutiara 5 hari ini. - Gambar Bernama
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.

Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.

Ramanan masih Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra
Ramanan yang baru dilantik Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kekal memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra.

Mitra terima penarafan risiko 'rendah' daripada SPRM
Pemakluman itu dibuat secara rasmi kepada Mitra melalui satu surat ditandatangani Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi (BPIA) SPRM.

Mitra telah agihkan RM62 juta kepada lebih 100,000 penerima
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Mitra Datuk R. Ramanan berkata bantuan itu turut disalurkan ke Program Bantuan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) Mitra Untuk Masyarakat India.

Pegawai SPRM dipinjam ke Mitra, pantau pengurusan dana
Seorang pegawai SPRM akan dipinjamkan ke Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.

Permohonan subsidi yuran IPT masih dibuka - Mitra
Mitra masih lagi membuka permohonan bagi subsidi bayaran yuran semester sekali bayar sebanyak RM2,000 sehingga 15 Sept ini.

Program Kompetensi KKP NIOSH-Mitra diperluas kepada golongan M40
Program Kompetensi KKP anjuran bersama NIOSH dan Mitra kini diperluas bagi merangkumi belia India daripada golongan M40.

Mitra: Bekas pengerusi, bendahari PWBSM didenda guna baucar bayaran palsu
Tindakan bekas Pengerusi PWBSM dan bekas bendaharinya menggunakan dua baucar bayaran palsu bagi peruntukan dana di bawah Mitra mengundang padah apabila mereka didenda di mahkamah.