AYER KEROH: Selepas kurang 24 jam mengangkat sumpah, Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan Melaka bakal membentuk Kerajaan Perpaduan, seperti yang dilaksanakan di peringkat persekutuan.
Beliau turut memberi bayangan, pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) blok Pakatan Harapan (PH).
Kata ADUN Tanjung Bidara itu, kerajaan baharu yang akan dibentuk di Melaka merupakan hasil muafakat antara beberapa parti politik.
"Ingin saya tegaskan, kerajaan baharu negeri Melaka ini adalah sebuah kerajaan negeri yang kukuh dan stabil.
"Ia adalah Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti-parti politik yang mempunyai mandat yang kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka.
"Saya juga akan memastikan barisan Excp yang akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook lewat petang semalam.
Menurut Ab Rauf, beliau merangka Pelan 100 Hari di bawah kerajaan baharu pimpinannya dalam memastikan lebih banyak pelaburan dan pekerjaan untuk Melaka.
Katanya, segala perancangan dan pembangunan yang mesra rakyat akan diteruskan demi merancakkan lagi ekonomi negeri, selain menjadikan Melaka sebagai negeri pro perniagaan.
“Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang berniaga dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik.
“Melaka juga memerlukan infrastruktur, termasuk bekalan air, jalan raya dan digital, yang lebih baik,” tambahnya.
Semalam, Ab Rauf memaklumkan barisan Exco Melaka akan dilantik dalam tempoh 48 jam.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan bersama Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid sebelum membuat sebarang keputusan.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Apr 01 2023

Ab Rauf mengangkat sumpah pada Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Negeri Melaka, 31 Mac 2023. - Foto Facebook Ab Rauf Yusoh

Penutupan separa kecemasan, Tuaran dan Kota Kinabalu alami gangguan air Selasa ini
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan gangguan bekalan air berikutan penutupan separa kecemasan akan dilakukan Selasa ini (25 Feb).

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Kerajaan Melaka ucap takziah kepada lima sekeluarga maut dalam kebakaran di Jasin
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam satu muat naik di Facebook turut menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas tragedi yang menimpa keluarga itu.

Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu
Kolam Air Panas Gadek kembali beroperasi dengan wajah baharu selepas kerja-kerja naik taraf membabitkan kos RM18.45 juta siap sepenuhnya.

Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.

Hutang berkurang, kutipan hasil meningkat bukti gerak kerja kerajaan negeri berkesan
Kejayaan mencapai sasaran dalam mengurangkan jumlah hutang dan peningkatan kutipan hasil negeri menjadi bukti kepada gerak kerja proaktif dan sistematik diamalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Beca Melaka jalani transformasi digital
Menerusi inisiatif itu, setiap beca yang berlesen akan diberi nombor dan kod QR bagi menjamin keselamatan penumpang dan pengayuh beca.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Syarikat bas henti-henti Panorama Melaka ditutup
Pengurusan sistem pengangkutan awam akan diambil alih oleh Handal Indah Sdn Bhd, dan 59 kakitangan PMSB akan diserap ke anak syarikat kerajaan negeri yang lain.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

Nahas ngeri Ayer Keroh: Kerajaan Melaka zahir simpati, dukacita terhadap keluarga mangsa
Ab Rauf menggesa jabatan dan agensi berkaitan kenderaan berat dapat memastikan aspek keselamatan dipatuhi sepenuhnya oleh pemilik dan pemandu bagi mengelakkan tragedi.

Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.