KUALA LUMPUR: UMNO tidak memberi tumpuan kepada gerakan menjatuhkan musuh politik, sebaliknya usaha untuk memperoleh kembali kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, rakyat ketika ini menginginkan kestabilan untuk meneruskan kehidupan pasca pandemik COVID-19, justeru tindakan berebut kuasa adalah kesilapan besar.
“Kata kuncinya di sini adalah kestabilan. Kestabilan itu yang didamba oleh rakyat, kestabilan politik akan memberi kesan kepada kemakmuran, keyakinan dan kepercayaan para pelabur.
“Hari ini masyarakat hanya melihat berapa banyak pelabur keluar dari negara... (pelabur) yang dahulunya bertumpukan kepada Malaysia hari ini pergi ke negara jiran yang mengakibatkan pertumbuhan terencat.
“Jadi ini yang UMNO perlu tawarkan kepada mereka dan memberikan solusi, bukan berbicara soal siapa nak jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI malam ini bersama Nazri Kahar yang menyentuh berkenaan perspektif parti itu terutamanya berkenaan pergerakan Pemuda menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2020 hujung minggu ini.
Begitupun, beliau tidak menafikan bahawa UMNO tidak boleh bergerak sendiri dan tidak pernah bersendirian dalam menjunjung agendanya, maka persepakatan dengan gabungan menjadi unsur penting dalam strategi UMNO.
Sebagai parti yang menjadi pemain utama pentas politik negara sejak lebih 60 tahun yang lalu, UMNO katanya perlu menyantuni dinamik politik yang sudah berubah dan segera kembali ke matlamat sebenar perjuangannya.
“Orang boleh buat pelbagai spekulasi, contohnya apakah kita ada kerjasama dengan DAP dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) yang dikatakan sebagai jajaran (politik) baharu? Apakah kita berpatah arang dengan kerajaan Perikatan Nasional? Atau apakah posisi kita dengan Pas dalam Muafakat Nasional? Itu sahaja pun dah celaru, macam-macam naratif.
“Tapi satu perkara paling penting yang kadang-kadang kita lupa yang UMNO adalah satu parti yang tidak pernah bersendirian dari merdeka sampai hari ini, kita sentiasa bekerjasama dan berpakat.
“Kerana akhirnya UMNO sebagai parti politik apa-apa pun mesti menerajui kuasa, dan bila mendapat kuasa ia perlu dikembalikan kepada rakyat. Dalam konteks ini, bagaimana kita hendak menawarkan sesuatu agar rakyat kembali yakin kepada UMNO,” katanya.
Israr Khalid
Wed Mar 24 2021
![Menjelang PAU 2020: 'Bukan bicara siapa PM, TPM, tapi apa tawaran UMNO kepada rakyat' - Pemuda Menjelang PAU 2020: 'Bukan bicara siapa PM, TPM, tapi apa tawaran UMNO kepada rakyat' - Pemuda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616597309_TBPUMNO.jpg)
Asyraf Wajdi menegaskan, adalah menjadi kesilapan besar jika UMNO memberi tumpuan kepada soal posisi dan kuasa. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16 Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738541136_cabutanbertuah.jpg)
Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737383832_HimpunanSolidariti.jpg)
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
![Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737377316_TBpukuloku.jpg)
Kejadian lelaki OKU dipukul dapat perhatian Ahmad Zahid
Lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) Ahmad Nor Al Faizan Jusoh yang dipukul di Pasar Tani Padang Astaka Chukai dekat Kemaman Jumaat lepas, mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri.
![Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733216334_NajibRazak.jpg)
Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.
![Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736656839_TBAzalina.jpg)
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
![Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724793581_TBAsyrafWajdi.jpg)
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Januari 2025.
![Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610011756_Mukhriz.jpg)
Perhimpunan sokong Najib memalukan orang Melayu - Mukhriz
Mukhriz menyifatkan perhimpunan tersebut sebagai memalukan masyarakat Melayu.
![Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736074227_tbZahidHamidiKuch.jpg)
Himpunan solidariti Najib: 'Tanggung risiko sendiri jika sertai perhimpunan' - Zahid Hamidi
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya esok.
![Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735985087_MohamedKhaledNordi.jpg)
Pengampunan Najib: Bersolidariti ikut musim sangat memualkan - Khaled
Khaled berkata, UMNO tidak akan berhenti berjuang mendapatkan keadilan terhadap Najib, dan akan dilakukan mengikut lunas perundangan.