KUALA LUMPUR: Pakej Bantuan Ekonomi dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bakal menjadi tumpuan utama pada hari keempat Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini.
Menurut aturan urusan mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan diperjelaskan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang juga Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula jam 10 pagi ini.
Ini disusuli sesi Ahli Parlimen mengemukakan persoalan, penjelasan lanjut dan cadangan sebelum dijawab menteri berkenaan.
Antara topik yang dijangka menjadi tumpuan adalah berkaitan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan nilai keseluruhan pakej RM530 bilion.
Ini membabitkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat (PERMAI), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA PLUS) dan terbaru PEMULIH.
Empat pakej yang dilaksanakan tahun lalu pula membabitkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PSK), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (KITA PRIHATIN).
Selain itu, topik lain yang diberi tumpuan adalah Pelan Pemulihan Negara yang menjadi indikator kepada jalan keluar negara daripada era pandemik COVID-19.
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 berlangsung selama lima hari, bermula Isnin lalu sehingga 29 Julai dan 2 Ogos.
Pada sidang khas itu, kesemua 220 Ahli Parlimen termasuk yang belum divaksin dibenarkan hadir ke Dewan Rakyat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, termasuk perlu menjalani ujian saringan COVID-19 serta memakai pelitup muka.
Astro Awani
Wed Jul 28 2021

Antara topik yang dijangka menjadi tumpuan adalah berkaitan lapan Pakej Rangsangan Ekonomi dengan nilai keseluruhan pakej RM530 bilion. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

SPR adakan mesyuarat PRK Pelangai pada Khamis
Mesyuarat Khas PRK DUN Pelangai akan diadakan Khamis ini, susulan kematian Datuk Seri Johari Harun yang terkorban dalam nahas pesawat di Elmina.

Mesyuarat Khas MT UMNO esok ditangguh 30 Sept - Ahmad Maslan
Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO yang dijadualkan malam esok ditangguhkan dan dijadualkan semula pada 30 Sept ini.

Sekuriti makanan negara: Perlu tindakan susulan jangka sederhana dan panjang - MPPN
MAFI akan ambil tindakan susulan berkaitan segala cadangan dan pandangan yang telah diberikan dalam mesyuarat.

Mesyuarat khas MPT Bersatu berakhir selepas dua jam
Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam ini berakhir kira-kira 11 malam, selepas dua jam berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

COVID-19: Tiga lagi kes baharu berkaitan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, memaklumkan tiga kes baharu yang dikesan itu dilaporkan positif COVID-19 pada Sabtu.

16 Senator mahu Dewan Negara bersidang, perbetulkan keadaan di Dewan Rakyat
Kumpulan Senator berkenaan berpandangan, titah Agong yang telah mengangkat ketinggian Parlimen sebagai institusi rakyat perlu dihormati.

Mesyuarat Khas Parlimen pada Isnin ditangguhkan
Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat pada 2 Ogos ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Mesyuarat Khas Parlimen: Pakej Rangsangan Ekonomi, PPN tumpuan hari ke-4
Pakej Bantuan Ekonomi dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bakal menjadi tumpuan utama pada hari keempat Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini.

Ini 10 tumpuan utama Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini
Tidak sampai sejam bersidang, sidang khas Dewan Rakyat 'panas' dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkang.

Mesyuarat Khas Parlimen: PM Muhyiddin akan bentang PPN hari ini
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membentangkan PPN pada sidang khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula pukul 10 pagi.