KUALA LUMPUR: MIC hari ini menafikan dakwaan kononnya parti itu sedang dipancing meninggalkan Barisan Nasional (BN) untuk menyertai blok politik lain.
Presidennya Tan Sri S.A Vigneswaran berkata sebaliknya parti itu kekal dengan pendirian untuk bersama BN dan pada masa sama berharap gabungan itu boleh bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
"Saya nak beritahu secara berterus terang, tak ada jala atau pancing kepada kita untuk disuruh sertai mana-mana (gabungan) parti (yang lain).
"Memang kita nak bersama BN dan mudah-mudahan, BN juga akan bersama-sama dengan PN dalam menghadapi PRU15 walaupun bertanding di bawah tiket BN atau PN harap kerjasama ini dikekalkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC di sini.
Mengambil contoh hubungan UMNO dan PAS, Vigneswaran percaya BN dan PN juga boleh bersama.
"PAS kini dalam kerajaan dan juga PN. UMNO sudi bekerjasama dengan PAS dan ada kemungkinan BN pun boleh bekerjasama dengan PN," katanya.
Sementara itu, menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2019 dan 2020 MIC, beliau berkata ia akan diadakan pada 3 April ini di Klang, Selangor.
Beliau berkata AGM berkenaan akan dijalankan secara hibrid yang menggabungkan kehadiran secara fizikal dan juga maya, dengan pematuhan ketat kepadaProsedur Operasi Standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.
Beliau menjelaskan seramai 400 perwakilan akan menyertai secara fizikal dan baki 400 perwakilan mengikuti AGM itu secara maya.
Selain itu, Vigneswaran berkata pemilihan bagi jawatan presiden parti itu dijangka akan diadakan pada Jun ini, selepas selesai pemilihan cawangan yang akan berlangsung dari 5 April hingga 5 Mei ini.
Beliau juga berkata pemilihan bagi jawatan tertinggi lain parti itu, akan diadakan kemudian bergantung pada keadaan semasa negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

Presidennya Tan Sri S.A Vigneswaran berkata sebaliknya parti itu kekal dengan pendirian untuk bersama BN. - Gambar fail/BERNAMA

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.

Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.

Bekas Presiden MIC Dr Subramaniam terima anugerah Pravasi Bhartiya Samman dari India
Bekas Presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India, semalam.

Titah Adendum: Ratusan penyokong Najib memenuhi kawasan Kuil Murugan
Kehadiran mereka sebagai tanda solidariti terhadap Najib berhubung prosiding di Mahkamah Rayuan berkait Titah Adendum.

MIC akan hantar ribuan ahli berhimpun untuk Najib
Katanya, kehadiran wakil MIC sebagai penghormatan buat Najib yang disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.

Putera MIC cadang kerajaan peruntuk lebih dana bagi perkhidmatan kesihatan mental
Ia perlu, antara lain bagi penyediaan lebih banyak pusat kesihatan mental berasaskan komuniti yang mudah diakses dengan kos berpatutan.

Kerajaan dicadang isytihar cuti tambahan sempena Deepavali
Datuk T. Murugiah mencadangkan kerajaan mengisytiharkan 1 Nov ini sebagai cuti umum tambahan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati tempoh sambutan Deepavali yang lebih panjang.

MIC lakukan lantikan penting, Ramasamy kini Naib Presiden yang baharu
MIC hari ini melakukan beberapa lantikan penting bagi penggal 2024 hingga 2027 antaranya Bendahari Agung MIC Tan Sri M. Ramasamy dilantik sebagai Naib Presiden MIC yang baharu berkuat kuasa semalam.

PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.

MIC sedia kukuhkan parti, hadapi cabaran masa depan
MIC bertekad untuk berusaha mengukuhkan kerjasama sesama pemimpin dan kembali memartabatkan kedudukan parti berkenaan dalam kalangan masyarakat.