SHAH ALAM: Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) apabila Tan Chow Kang telah meletak jawatan pada 11 Disember.
Menurut kenyataan Ketua Penerangan PRM, Tan Kang Yap, bagaimanapun, Chow Kang masih lagi mengekalkan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa pusat (AJKP).
“Pada masa yang sama beliau (Chow Kang) mencadang agar Mohamad Ezam menggantikan jawatannya. Cadangan ini mendapat kelulusan sebulat suara daripada semua AJKP yang menghadiri mesyuarat tersebut,” katanya pada Rabu.
Berdasarkan pengalaman, Kang Yap berkata, Chow Kang telah lama berkecimpung dalam politik dan pernah menjawat jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam serta dilantik sebagai exco Kedah memegang portfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina.
Sementara itu, tambahnya, Mohamad Ezam pula merupakan antara individu yang menerajui gerakan reformasi ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
“Mohamad Ezam juga pernah memegang jawatan Pengerusi Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau juga bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Petaling Jaya,” ujarnya.
Menurut Kang Yap, Chow Kang semasa memberi penjelasan kepada pengerusi dan semua AJKP berkata, beliau secara rela meletakkan jawatannya bagi memberi laluan kepada yang berkaliber.
“Tidak lain daripada mengharap Mohamad Ezam mengguna pakai pengalaman dan kebolehan kepimpinannya, dapat membawa parti ke tahap yang lebih tinggi serta lebih jauh,” ujar Chow Kang.
Jelas Kang Yap, dengan pelantikan itu dan presiden dari kaum Melayu, lagi menonjolkan keadaan sebenar arena politik Malaysia pelbagai kaum yang didominasi kaum Melayu.
Sinar Harian
Wed Dec 14 2022

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor secara rasmi dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Parti Rakyat Malaysia (PRM) apabila Tan Chow Kang telah meletak jawatan pada 11 Disember. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi PRM yang baharu
Ezam dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PRM ekoran Tan Chow Kang meletak jawatan pada 11 Disember.

PRU15: Ezam Mohd Nor antara calon PRM
Naib Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza pula mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

Gegar buat laporan SPRM dakwa penyelewengan dalam Mimos Berhad
Gegar menggesa SPRM menjalankan siasatan menyeluruh terhadap MIMOS termasuk individu dalam syarikat terbabit yang terlibat menguruskan perbelanjaan peruntukan kerajaan tersebut.

#MalaysiaMemilih: Ezam bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, boleh bertanding di Shah Alam - Khalid Samad
Jika Ezam berhasrat mahu bertanding atas tiket PH, bekas senator itu perlu menerima hakikat bahawa kerusi itu milik Amanah.