Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong Baru, Kota Kinabalu, untuk mempengerusikan mesyuarat parti, petang ini.
Beliau yang tiba jam 2.45 petang itu akan bermesyuarat dengan barisan pimpinan termasuk, Ahli Majlis Tertinggi Warisan, bekas wakil rakyat, ketua-ketua bahagian.
Difahamkan, antara intipati yang berkemungkinan dibawa dalam mesyuarat pada petang ini nanti adalah berkenaan pengagihan kerusi atau penyenaraian calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Terdahulu, pagi Isnin, Mohd Shafie telah mempengerusikan satu mesyuarat bersama rakan sekutu iaitu UPKO dan Pakatan Harapan.
Beliau dalam sidang media tersebut mengumumkan pengagihan kerusi di antara parti bertanding akan dimaklumkan selewat-lewatnya minggu hadapan.
Kemelut politik Sabah bergolak sejak Rabu lalu, apabila bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk membentuk kerajaan baharu.
Ekoran itu, pada 30 Julai Mohd Shafie yang merupakan Ketua Menteri Sabah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Hal ini memaksa Sabah mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari dan Mohd Shafie sebagai ketua Menteri sementara (caretaker).
Ruzaini Zulkepli
Mon Aug 03 2020

MOHD SHAFIE (kanan) hadir di Ibu Pejabat Warisan untuk mempengerusikan mesyuarat parti itu. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

20 rumah setinggan terbakar, mangsa sesak nafas dibawa ke hospital
Terdapat seorang mangsa dilaporkan mengalami sesak nafas dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke hospital.

Mohd Shafie pengerusikan mesyuarat Warisan petang Isnin
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, tiba di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong Baru, Kota Kinabalu, untuk mempengerusikan mesyuarat parti, petang ini.

Lelaki elak diperiksa polis, perjudi nyawa wanita dan bayi berusia 22 hari
Gara-gara takut didekati pihak polis, seorang lelaki bertindak memecut keretanya sehingga sanggup melawan arus dan melanggar sekatan jalan raya dalam kejadian di Kolombong, Kota Kinabalu, pagi Rabu.