BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak perlu diadakan di enam kawasan Ahli Parlimen Bersatu, yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.
Di samping itu, katanya, PRK sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan rakyat juga telah lama muak dengan politiking.
"Jadi akan memuakkan rakyat dan ekonomi tidak dapat dikawal dengan baik. Sekarang adalah penumpuan kepada mensejahterakan rakyat, mengurangkan kos sara hidup dan memberi bantuan yang lebih banyak kepada rakyat.
"Bukan masa untuk main politik lagi. Jadi apa pun setakat ini... (usaha) yang dibuat oleh pembangkang (tetap) mereka tak cukup kerusi. So why you should do that and wasting money and wasting time (Jadi kenapa perlu buat seperti itu dan membazir masa dan wang," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Ahad.
Syed Abu Hussin yakin, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan membuat keputusan yang sewajarnya terhadap isu tersebut.
Sebelum ini, Bersatu menggesa Johari tidak berdolak dalih untuk segera mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen.
Bersatu diwakili Naib Presidennya yang juga Ketua Whip di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee, pada 20 Jun lalu mengemukakan notis kepada Johari meminta supaya enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyatnya dikosongkan.
Selain Syed Abu Hussin, lima lagi Ahli Parlimen ialah Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Abd Razak Mohd Ali
Sun Jun 30 2024

Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini. - Gambar fail

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Bersatu terima surat Speaker, tiada kekosongan 6 kerusi Parlimen
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam Ahli Parlimen terbabit dikosongkan.

MP Bersatu: 'Saya tetap sokong PM, tidak sesekali buat pusingan U' - Zulkafperi
Datuk Zulkafperi Hanafi tidak berganjak untuk terus menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

MP Bersatu sokong PM: 'Tak perlu PRK, buang masa, membazir' - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin berkata, PRK hanya akan membuang masa kerana ia tidak akan mengubah kedudukan kerajaan yang ada ketika ini.

6 MP Bersatu sokong PM sudah beri penjelasan kepada Speaker - Syed Abu Hussin
Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal yang mewakili kumpulan itu berkata, penjelasan tersebut bagi memudahkan Speaker membuat pertimbangan yang sewajarnya.