Nama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor disebut-sebut sebagai Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut penganalisis dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, pimpinan Pas dan pimpinan Perikatan Nasional (PN) dipercayai bersetuju membawa nama Muhammad Sanusi untuk mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Memang sebelum ini kita dengar ada dua nama yang dibawa, iaitu satu daripada pimpinan Pas, satu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Kalau daripada Pas, Muhammad Sanusi. Yang kedua, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail, anggota daripada Bersatu. Ini dua nama yang dilontar.
"Tetapi, yang terkini, bagi saya, mungkin pimpinan Pas dan pimpinan pusat bersetuju, membawa nama Muhammad Sanusi untuk dicadangkan kepada Tuanku Sultan," katanya kepada Astro AWANI malam tadi.
Muhammad Sanusi merupakan Ahli DUN (ADUN) Jeneri sementara Ku Rahman adalah ADUN Guar Chempedak.
BACA: Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
BACA: 19 ADUN Kedah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
BACA: ADUN Kuah, Ayer Hangat sahkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Semalam, 19 daripada 36 ADUN Kedah mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz, merangkumi 15 ADUN Pas, dua UMNO dan dua PKR.
Sementara itu, berhubung perubahan angin politik di Kedah, Ahmad Martadha yang merupakan Ketua Kluster Tadbir Urus Dan Integriti, Pusat Pengajian Kerajaan, UUM itu menyifatkan ia satu langkah praktikal dan pragmatik.
Katanya, ia bagi memastikan bantuan-bantuan daripada peringkat kerajaan persekutuan dapat sampai terus kepada rakyat di kawasan-kawasan tertentu.
"Kita dapati, misalnya ADUN Kuah (Mohd Firdaus Ahmad) menyatakan bahawa walaupun berat untuk beliau membuat keputusan, tetapi ia dibuat memandangkan kepada percaturan politik yang praktikal.
"Iaitu, (kerajaan) pusat diperintah oleh PN, maka sewajarnya bagi beliau menyokong pimpinan pusat supaya bantuan akan terus dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan beliau yang sangat memerlukan," kata Ahmad Martadha.
Astro Awani
Wed May 13 2020

Muhammad Sanusi merupakan ADUN Jeneri, yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah. --fotoBERNAMA

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.

Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.

Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.

Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.

Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.

Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.