KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan akan meninggalkan Bersatu.
Mohd Rashid dalam dalam kenyataan hari ini menyifatkan dakwaan dirinya dan ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri akan keluar daripada Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, beliau yakin dengan masa depan Bersatu dan akan terus menyokong parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. Serangan berita palsu seperti ini jelas menunjukkan ada pihak tertentu ketandusan isu cuba untuk memberikan tekanan dengan memberi persepsi negatif yang kononnya boleh melemahkan Bersatu," katanya.
Sebelum ini, Mohd Rashid dan Mohamed Azmin terpalit dengan dakwaan akan meninggalkan Bersatu selepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar Bersatu pada 26 Mei lepas dan kemudiannya menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).
Azmin turut dilaporkan berkata akan kekal bersama parti itu kerana idealisme dan perjuangan Bersatu adalah jati dirinya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

MOHD RASHID: Berhentilah mengadu domba dengan propaganda murahan untuk melemahkan Bersatu. - Gambar fail BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PRU15: Pengundi Cina tak percaya cerita Anwar - Rashid Hasnon
Menurutnya, rata-rata pengundi Cina di Parlimen ini kenal diri beliau selepas empat tahun menjadi wakil rakyat di sini.

PRU15: Anwar sanggah dakwaan mahu tanding kerusi Ampang
Anwar berkata, beliau tidak pernah membuat sebarang pengumuman untuk bertanding di Ampang dan menganggap kenyataan itu sengaja dibuat.

Nancy Pelosi, delegasi dijangka tiba pagi ini di Malaysia
Ahli politik Demokrat berusia 82 tahun itu dijadual tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di antara jam 9 dan 9.30 pagi.

Mustahil saya, Azmin keluar Bersatu - Mohd Rashid
Mohd Rashid menyifatkan dakwaan dirinya dan Azmin akan keluar Bersatu sebagai mustahil dan usaha untuk melemahkan parti.

Dos penggalak diberi esok untuk Ahli Parlimen yang belum terima
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Dewan Rakyat lulus usul bahas, ungkai tujuh Ordinan Darurat
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata lebih suara dalam dewan bersetuju agar usul tersebut diluluskan,

Speaker ingatkan Ahli Parlimen pakai pelitup muka semasa berbahas
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon hari ini mengingatkan Ahli Parlimen agar tidak membuka pelitup muka semasa bercakap dan berbahas di Dewan Rakyat.

4 juta data bocor: RSN Rayer dakwa siasatan awal disebabkan oleh 'kerja orang dalam'
RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat mengenai kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Perlu hentikan provokasi, RSN Rayer digantung sehari sahaja - Timbalan Speaker
Mohd Rashid meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati Rayer supaya tidak mengulangi tindakan provokasi seperti itu.

Dewan Rakyat: Had kehadiran termasuk Ahli Parlimen diteliti - Timbalan Speaker
Jumlah kapasiti individu termasuk bilangan Ahli Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 Sept akan diteliti.