NIBONG TEBAL: Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada majlis pengumuman calon PN di Simpang Ampat di sini malam ini.
"Kita yakin Abidin mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai calon. Kita harap pengundi di Sungai Bakap akan terus mengekalkan calon PN pada PRK akan datang," katanya.
Turut hadir Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin, Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Yusof.
Tuan Ibrahim berkata Abidin, bapa dua anak itu merupakan anak jati Sungai Bakap yang bertugas dalam bidang logistik dan juga pembantu kepada penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Nor Zamri Latiff.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2024

Abidin Ismail diumumkan sebagai calon mewakili PN pada PRK DUN Sungai Bakap bulan depan. - Gambar Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Pertarungan rebut kerusi DUN Sungai Bakap bermula esok
Setiap bakal calon diberi tempoh sejam untuk menyerahkan borang pencalonan sebelum nama mereka yang layak bertanding diumumkan.

PRK DUN Sungai Bakap: KDN Jamin keselamatan pengundi, 600 polis dikerah bertugas
Semua pihak dinasihat supaya mematuhi undang undang agar sepanjang kempen tidak berlaku perkara yang boleh mencetus ketidaktenteraman awam.

Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal diumum calon PRK Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56, diumumkan sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bulan depan.

PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

PRK Sungai Bakap: Penamaan calon 22 Jun, mengundi 6 Julai
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap.