ISKANDAR PUTERI: Biarpun masih dikira sebagai antara pemimpin termuda yang memegang jawatan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandangan sudah sampai masanya beliau terlibat dalam menyediakan lebih ramai pelapis pemimpin masa depan, sekali gus memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan berterusan di Johor.
Onn Hafiz, 44, yang merupakan piut kepada Menteri Besar Johor yang pertama, Datuk Ja'afar Mohamed serta cicit kepada Menteri Besar ketujuh, Datuk Onn Ja'afar berkata, beliau melihat "grooming process" untuk melahirkan pelapis pemimpin masa depan, sangat penting dan perlu diberi perhatian.
"Saya secara peribadi bersyukur kerana Menteri Besar Johor yang pertama Datuk Ja'afar Mohamed adalah datuk kepada datuk saya, anaknya tiga orang jadi Menteri Besar dengan sorang daripada anaknya ialah Datuk Onn Ja'afar (Menteri Besar ketujuh), bapa kepada datuk saya.
"Mereka ini melalui proses 'grooming'. Masa itu The Royal House of Johor menyediakan mereka, hantar mereka ke England bersama anak-anak raja, belajar, kemudian balik ke Johor, kemudiannya memantapkan jati diri Melayu mereka, kemudian dihantar ke 'The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)', jadi pentadbir-pentadbir yang berkhidmat kepada Raja masa itu juga dilatih dan disiapsiagakan," kata beliau ketika wawancara eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di Kota Iskandar, di sini, baru-baru ini.
Dua anak Ja'afar yang turut menjadi Menteri Besar Johor ialah Datuk Abdullah Ja'afar (Menteri Besar Johor ketiga) dan Datuk Mustapha Ja'afar (Menteri Besar keempat).
Ahli Dewan Undangan Negeri Machap itu berkata beliau turut menimba pengalaman dan mempelajari banyak perkara ketika berkhidmat selama 12 tahun dengan bapa saudaranya iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein termasuk menjadi Setiausaha Politik kepada Hishammuddin sebelum ini.
Justeru Onn Hafiz berkata kerajaan negeri berhasrat untuk mewujudkan 'Sekolah Kepimpinan' sebagai satu aspirasi dalam melahirkan lebih ramai pemimpin generasi baharu berwibawa, mempunyai jiwa pemimpin yang berintegriti, amanah, bertanggungjawab, berwawasan, bijak dan berpengalaman untuk memacu Johor sebagai sebuah negeri maju dan berdaya saing pada masa akan datang.
Menteri Besar Johor itu berkata cadangan berkenaan telah dibincangkan bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah, yang akan melihat pelbagai kaedah dalam melahirkan pemimpin baharu dalam pelbagai bidang.
"Saya ingin pupuk para pemimpin yang benar-benar bersemangat untuk memajukan negeri. Tiada gunanya jika saya jadi pemimpin selama lima tahun, dan kemudian apabila saya toleh ke belakang - tiada pelapis. Pada masa yang sama saya perlu sedar bahawa pemimpin tidak boleh terlalu terikat dengan jawatan itu," kata beliau ketika ditanya apakah harapan beliau untuk mewakili generasi muda dalam barisan kepimpinan negeri.
Onn Hafiz yang merupakan anak kelahiran Simpang Renggam bagaimanapun sebak ketika ditanya sama ada legasi keluarga beliau yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin tersohor dan terhormat itu, turut menjadi asas kepada kepimpinan beliau kini, sekali gus menjadi sandaran orang ramai meletakkan harapan tinggi.
"Alhamdulillah mungkin berkat doa mereka hari ini seorang daripada cicit mereka menjadi Menteri Besar Johor, tapi dari segi legasi dan semua itu sebenarnya saya tidak rasa ada tekanan di situ. Saya pernah katakan yang saya dibimbing oleh tanggungjawab saya sebagai pemimpin Islam, kerana akhirnya semua ini adalah sementara, dan saya akan disoal ..," kata beliau yang terdiam seketika menahan sebak.
Beliau berkata akhirnya beliau tidak memikirkan sangat soal legasi, tapi lebih kepada soal sekiranya beliau telah melakukan yang terbaik sebelum kembali menemui Allah SWT apabila tiba masanya.
"Sebab itu bila orang tanya Datuk turun padang macam ni nanti jerih, penat... seikhlasnya saya tidak rasa penat kerana inilah yang mendorong saya untuk terusa bekerja, jadi saya perlu mohon kepada Allah agar diberikan ilham, petunjuk dan diberi kesihatan yang baik supaya saya dapat terus berkhidmat.
"Sekiranya Allah putuskan bahawa Onn Hafiz, masa anda sudah tamat - saya redha. Ketika ini saya tidak tetapkan untuk jadi Menteri Besar untuk dua atau tiga penggal. Tidak. Ini semua ketentuan Tuhan. Saya jadi Menteri Besar, saya pun tak sangka tapi bila dah diberikan amanah ada tanggungjawab ini saya kena pikul sebaik mungkin dan sebagai pemimpin Islam, diskriminasi atau menganiaya orang lain, orang bukan Islam. Tidak! Kita adalah pemimpin untuk semua, itu yang diajar oleh Islam," katanya.
Ketika ditanya sama ada beliau sendiri pada suatu hari nanti akan memimpin UMNO Johor, beliau berkata: "Ini adalah situasi yang unik, sama seperti di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri adalah Naib Presiden dan Presiden UMNO tidak menjadi Perdana Menteri. Saya rasa itu juga keadaan di Johor, tapi bagi saya, saya tidak mengejar jawatan. Jika pucuk pimpinan buat keputusan, apa saja, saya ikut. Saya 'orang' parti.
Beliau berkata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohamad yang juga bekas Menteri Besar memberi sokongan yang baik terhadap kepimpinan beliau, kedua-dua mereka dapat bekerjasama dengan baik hingga sekarang.
"Alhamdulillah. Sekali lagi saya katakan, semua jawatan ini amanah, silap-silap anda masih kena menjawab kepada yang di 'atas' tau. Saya bukan terkejar-kejar (jawatan), tak ada. Itu bukan saya," katanya.
Menjawab persoalanan kemungkinan beliau bertanding untuk sebarang jawatan pada pemilihan UMNO akan datang, katanya selesa dan gembira berada di Hohor sahaja.
Mengenai usaha pihak pembangkang kebelakangan ini, Onn Hafiz menyelar tindakan mereka yang seolah-olah mencari isu serta cuba menggunakan strategi untuk menghasut rakyat berbanding bersama-sama kerajaan (menangani masalah) dan memberikan kritikan membina.
"Turun nak menghasut, nak tunjukkan seolah-olah kerajaan ini tidak peduli. Saya rasa ia salah, kerajaan ini benar-benar ambil berat, dan apabila tiba masanya nanti sekali lagi rakyat akan menentukan... Saya minta rakyat tengok apa dia (pembangkang) buat masa 22 bulan (menjadi kerajaan).
"Apa yang diberikan oleh kerajaan negeri semasa Pakatan Harapan berkuasa. Cuba dia periksa dan bandingkan dengan apa yang diberikan Barisan Nasional sebelum ini, dan apa yang akan diberi," katanya.
Onn Hafiz berkata disebabkah jenuh memberi tumpuan kepada usaha memenuhi janji-janji Barisan Nasional kepada rakyat yang menjadi keutamaannya ketika ini, di samping berusaha memenuhi harapan ramai, beliau sudah lama tidak melakukan larian lima kilometer yang menjadi rutin baginya sebelum ini.
"Alhamdulillah, isteri saya (Datin Sharmin Fazlina Mohd Shukor) memberi sokongan penuh kepada saya di rumah, anak-anak semua (sokong) ya, syukur Alhamdulillah. Saya selalu berdoa 'Allahumma Alhimni rushdi wa-a'idhni min sharri nafsi'.... mohon petunjuk dari Allah, dan lindungi saya daripada kejahatan nafsu saya," kata bapa kepada empat anak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Datuk Onn Hafiz Ghazi berpandangan sudah sampai masanya beliau terlibat dalam menyediakan lebih ramai pelapis pemimpin masa depan. - Foto BERNAMA

FAM perkenal bekas pemain kebangsaan Australia selaku penolong jurulatih Harimau Malaya
Tugas utama Miligan sudah pastinya membantu Cklamovski mempersiapkan pasukan menjelang aksi pertama pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat tarawih
Larangan ini diumumkan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi baru-baru ini.

Penunjuk perasaan lanjutkan protes 'Indonesia Gelap' lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai -Indonesia Gelap-.

Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Sidang Kemuncak Pemimpin Arab bermula di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh pada Jumaat.
Perbincangan baik dengan Putin, tapi tidak Ukraine - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, berkata beliau telah mengadakan perbincangan yang “sangat baik” dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Penunjuk perasaan lanjutkan protes lawan dasar Prabowo
Ratusan mahasiswa dan aktivis turun ke jalan di beberapa bandar utama pada Jumaat dalam protes digelar sebagai “Indonesia Gelap”.
Hamas siasat silap serah mayat tebusan, Netanyahu berang
Hamas sedang menyiasat kemungkinan kesilapan dalam mengenal pasti mayat yang diserahkan kepada Israel di bawah perjanjian gencatan senjata.
Amerika Syarikat jangka Ukraine akan tandatangan perjanjian mineral
Amerika Syarikat menjangkakan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy, akan menandatangani perjanjian mineral sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang Ukraine.

Badan pengawas PBB kumpul sampel air Fukushima, China sertai buat kali pertama
Jepun dan China bersetuju mengenai penglibatan Beijing dalam pensampelan dan analisis air yang dilepaskan di bawah kerangka kerja IAEA.

Selepas TMJ 'bersuara', Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya
Sejumlah 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.

MB Johor rayu moratorium banjir 3 hingga 6 bulan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan moratorium antara tiga hingga enam bulan kepada rakyat yang terjejas banjir.

Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.

PRU15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat
Kurang dua minggu menjelang Hari Pengundian pada 19 November 2022, penduduk di kawasan Tebrau dan Johor Bahru terpaksa berdepan dengan banjir kilat.

Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Onn Hafiz mahu lahirkan ramai pemimpin pelapis masa depan
Ini sekali gus akan memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan berterusan di Johor.

Kerajaan Johor umum 2 Mei sebagai cuti khas peristiwa
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan tarikh 2 Mei ini sebagai cuti khas peristiwa bagi memudahkan perancangan perjalanan rakyat beragama Islam sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini
Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

PAU2021: Hasni tetap jadi kebanggaan rakyat Johor - Zahid
Penghargaan diberi atas kejayaan UMNO Johor menakluk semula negeri itu dalam PRN baru-baru ini.