Pucuk pimpinan tertinggi PAS digesa membuat pendirian rasmi berhubung kedudukan anggota parti itu yang menyertai parti baharu Gerakan Harapan Baharu (GHB).
Gesaan itu dibuat anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad yang mahukan jawatankuasa pusat PAS mengadakaan mesyuarat untuk memutuskan perkara itu segera.
Jawatankuasa itu juga hendaklah mengeluarkan surat rasmi kepada setiap anggota parti yang menyertai GHB agar mereka dapat memberi maklum balas sewajarnya.
Khalid yang dinamakan sebagai anggota jawatankuasa interim GHB berkata pada masa ini terdapat pelbagai pandangan dan cadangan mengenai kedudukan anggota PAS yang menyertai parti baharu itu, namun pucuk pimpinan tertinggi PAS masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.
"Sekarang ini banyak sangat pandangan dan kita sendiri pun sudah malas mahu respon. Kita mahukan pandangan yang rasmi," katanya ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri, Rabu.
Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan PAS daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti mengumumkan akan menubuhkan GHB bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
Gerakan itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas pemimpin kanan parti seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid.
Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ketika diminta enggan mengulas mengenai penubuhan GHB termasuk kedudukan anggota PAS yang menyertai GHB.
Beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan tertinggi PAS.
"Saya tidak tahu secara terperinci mengenai perkara itu, dan saya bukan anggota jawatankuasa tertinggi PAS. Saya hanya Ketua PAS kawasan Pokok Sena sahaja," katanya sambil menyatakan bahawa hatinya masih setia kepada PAS dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti atau gerakan lain.
Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali menggesa anggota parti agar tidak terburu-buru meninggalkan PAS hanya untuk menyertai parti Gerakan Harapan Baru (GHB).
Katanya, kelompok pemimpin PAS itu perlu berfikir panjang sebelum memutuskan mahu menyertai GHB kerana ia akan memberi pelbagai kesan dalam jangka panjang.
Pada sidang media di pejabat PAS di KUALA TERENGGANU, beliau menegaskan berasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat itu memandangkan beliau adalah orang lama yang sudah masak dengan 'sepak terajang' dunia politik tanah air.
Katanya empat tahun lalu beliau pernah memberi ingatan yang sama kepada bekas Exco kerajaan PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya tidak 'terperangkap' dengan UMNO namun katanya, nasihat itu tidak didengari sehingga Hasan akhirnya dipecat daripada PAS.
"Jadi, kepada 'adik-adik' saya ini (pemimpin PAS yang menjadi pelopor kepada penubuhan GHB)...saya nak ingatkan sekali lagi...kalau dulu UMNO tapi sekarang saya nak ingatkan, jangan terperangkap dengan DAP," katanya.
Mengulas lanjut Mustafa tidak bersetuju keanggotaan golongan tersebut dilucutkan daripada PAS.
"Pada waktu ini jika ada pimpinan yang mencadangkan supaya wakil-wakil rakyat PAS (Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggerak GHB) ini dipecat, saya akan menentang cadangan itu.
"Sebabnya, bagi mereka masa untuk berfikir," katanya.
Namun Mustafa berkata beliau bersedia untuk menentang mana-mana calon daripada GBH kalau mereka bertanding pada pilihan raya akan datang.
"Tubuh parti baru dan lawan PAS, saya akan lawan mereka, ia mudah saja, bukan payah sangat," katanya.
Bernama
Wed Jul 22 2015

Khalid berkata pada masa ini terdapat pelbagai pandangan mengenai kedudukan anggota PAS yang menyertai parti baharu itu, namun pucuk pimpinan tertinggi PAS masih belum membuat sebarang keputusan rasmi.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bersih 4: Mat Sabu 'terlupa' beliau sudah keluar PAS
Bekas Timbalan Presiden PAS itu 'terlupa' beliau bukan lagi tokoh pemimpin yang mewakili parti PAS ketika berucap di Bersih 4 hari ini.

PAS kemaskini senarai keahlian parti dari kumpulan sertai GHB
Tindakan tersebut akan memudahkan PAS untuk membersihkan senarai keahliannya daripada kumpulan yang ingin menyertai GHB supaya ia boleh segera mengisi kekosongan jawatan.

Lebih ramai ahli PAS akan sertai GHB - Mat Sabu
Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu, mendakwa masih ada ahli PAS yang akan meninggalkan PAS secara berperingkat untuk menyertai GHB yang bakal dilancarkan penghujung bulan ini.

PAS Kuala Terengganu putus semua hubungan dengan Raja Bahrin
PAS Kuala Terenggaanu memutuskan segala bentuk hubungan dengan Ahli Parlimennya, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah berikutan pengumuman beliau sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru Negeri Terengganu.

Presiden PAS desak Berita Harian minta maaf dalam 24 jam
Presiden PAS menafikan laporan yang disiarkan Berita Harian yang mendakwa beliau memberi amaran kepada ahli Parlimen parti itu untuk tidak menyokong usul undi terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pembangkang timbang usul tidak percaya terhadap Najib
Pemimpin pembangkang dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Gerakan Harapan Baharu (GHB) akan mencadangkan kepada parti masing-masing untuk memperhalusi cadangan mengemukakan usul undi.

Penubuhan gerakan parti baharu pilihan untuk rakyat - Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berpendapat bahawa cadangan penubuhan parti politik baharu adalah amalan biasa bagi sebuah negara demokrasi.

Pas digesa buat keputusan rasmi berhubung kedudukan ahli sertai GHB
PAS digesa membuat pendirian rasmi berhubung kedudukan anggota parti itu yang menyertai parti baharu Gerakan Harapan Baharu (GHB).

PAS sudah tidak lagi relevan - Mat Sabu
Parti PAS sudah tidak relevan lagi dalam landskap politik masih kini dan perlu melakukan pembaharuan, dakwa bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

'UMNO ada kekuatan sendiri, tidak bergantung pada kelemahan parti lain'
UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan tidak perlu 'menangguk di air keruh' di atas perpecahan yang berlaku terhadap parti lain, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed.