ALOR SETAR: Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kemelut membabitkan parti Pas dan UMNO ketika ini adalah isu membabitkan kasih sayang dan sukar untuk diselesaikan.
Pas juga disifatkan beliau masih merengek dan mendambakan kasih sayang daripada UMNO khususnya ketika isu membabitkan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Tegasnya, kedua-dua parti itu juga mengamalkan politik sempit yang mana tidak mampu melihat keupayaan dan kemampuan parti masing-masing selain isu kepercayaan meskipun sedang 'tidur sebantal' di peringkat Persekutuan.
"Saya lihat masalah yang dihadapi sekarang ini adalah Pas masih merengek untuk mendapat kasih sayang UMNO, tetapi UMNO sudah isytihar dia akan pergi secara solo… jadi ini isu kasih sayang dan saya tak nampak keadaan ini akan diselesaikan.
"Namun, apa (sahaja keputusan) pun terpulang kepada kedua parti sama ada mereka hendak berdamai atau tidak… tetapi dengan pengisytiharan muzakarah antara Pas dan Bersatu dan mereka telah pun tandatangan satu perjanjian, saya tidak nampak mereka kembali bersama UMNO," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz berkata demikian ketika ditemui nedia selepas Majlis Bertemu Mata, Bertanya Khabar Petani, di Kampung Atas Kota, Langgar di sini, pada Khamis.
Beliau turut berpendapat, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung pendiriannya mengenai UMNO sebagai arahan untuk ahli-ahli parti terbabit taat terhadap setiap keputusan kepimpinan yang dibuat.
Kata Mahfuz, kenyataan Ahli Parlimen Marang itu dalam catatan di ruangan Minda Presiden Pas di akaun Facebooknya seperti menterjemahkah kebimbangannya kehilangan lebih ramai ahli parti berkenaan susulan pergolakan dalaman Pas.
"Inilah kaedah yang dilakukan Pas selama ini iaitu taat, siqah, wala' kepada pemimpin, apa yang disebut (Tan Sri) Haji (Abdul) Hadi (Awang) semalam dia nak ahli Pas taat kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin, sebab dia sudah dapat melihat bagaimana di bawah ini berlaku pergolakan ahli.
"Tiga hari saya berada di Kelantan, saya bertemu ahli Pas, mereka sendiri resah gelisah, dengan perkembangan pemandu bas (Presiden), mereka sebagai penumpang, dalam keadaan tidak ketentuan mereka bimbang akan bahayakan kepada kehidupan ahli Pas itu sendiri, itu menyebabkan Haji Hadi takut penumpang Pas turun bas," kata Mahfuz.
Abdul Hadi dalam catatannya berkata, Pas tidak akan sekali-kali diperbodohkan dengan politik sempit dibawa oleh UMNO.
Bahkan, Abdul Hadi mendakwa, UMNO masih lagi membawa pendekatan ‘asabiyyah’ Melayu yang hanya melibatkan dua parti sahaja dan meminggirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Malah beliau turut mendakwa, UMNO juga meminggirkan masyarakat majmuk melalui pendekatan yang telah gagal melalui Barisan Nasional (BN).
Abd Hadi Che Awang
Thu Feb 03 2022

Walaupun 'tidur sebantal' di peringkat Persekutuan, namun, Pas dan UMNO mempunyai isu kepercayaan antara satu sama lain, dakwa Mahfuz.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

Pas yakin sokongan pengundi Melayu akan terus meningkat
PAS melihat sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu semakin meningkat.

Pensijilan halal: Pas selar kenyataan DAP dakwa Teresa tidak langgar undang-undang
Pas menyelar kenyataan DAP mempertahankan dan yakin Teresa Kok tidak bersalah dalam membuat kenyataan berhubung isu halal.

"Ketika jadi kerajaan, apa agenda Islam yang dibawa Pas?" soal Presiden UMNO
Presiden UMNO sindir Pas dengan menyifatkan parti itu sebagai kura-kura, menyorokkan kepala dan menjual prinsip tatkala berada di tampuk kuasa.

Pas minta kerajaan teliti jangkaan kenaikan harga di kantin sekolah - Khairil Nizam
Kerajaan perlu meneliti dan mengambil kira keadaan pengusaha kantin sekolah yang kebanyakannya adalah warga emas dan pengusaha kecil-kecilan.

Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.

Syor RUU halang pertukaran kerajaan: Pas sifatkan sebagai langkah terdesak
Pas menyifatkan syor mewujudkan satu RUU bagi menghalang pertukaran kerajaan sehingga ke akhir penggal sebagai kenyataan terdesak untuk terus kekal berkuasa.